OK, kali ni aku nak buat review penuh utk produk Steelseries Ikari Laser.
STEELSERIES IKARI LASER GAMING MOUSEHarga pasaran: RM279.00Warranty: 1 TahunKalau tgk gambar mcm mouse biasa² je. Nampak cam takde kelainan sbb tak fancy,.. Tapi secara realiti aku nak korang tau ni lah mouse yang paling sempoi dan paling selesa yang pernah aku pegang kat muka bumi. Mouse ni direka bentuk ikut penilaian professional gamer seluruh dunia. Kalau korang nak tau Steelseries ni banyak taja team gamer seluruh dunia. SS ni penaja rasmi bagi gamer team termasyur dunia mcm Fnatic (Australia), Made in Brazil *MiBR* (Brazil), Evil Geniuses (USA), SK Gaming (Germany) dan banyak lagi. Steelseries banyak terlibat secara langsung dalam kejohanan² besar games seperti Electronic Sports World Cup, World Cyber Games, World E-Sport Games, The CPL, ESL, dan banyak lagi...
Sedikit into tentang Steelseries. SS berasal dari Copenhagen, Denmark. SS mmg bermula sebagai sebuah syarikat yang khusus untuk mengeluarkan produk-produk gaming yang berprofessional. SS telah berjaya memasuki pasaran diserata dunia. Ia cukup dikenali sebagai pengeluar produk mouse, mousepad dan headset.
Bagi produk series Steelseries Ikari terdapat dua jenis mouse yang mempunyai sensor berlainan iaitu laser dan optical. Tapi kali ni aku nak review pasal produk laser sahaja. Rekabentuk kedua-dua jenis produk ni luarannya nampak sama cuma kaler yg main peranan utk membezakan antara kedua-dua jenis produk.
Spesifikasi:
* Sample setiap saat: 40.000
* Inci setiap saat: 50
* Kiraan setiap inci: 1 - 3.200 (1 langkah CPI)
* Akselarasi: 20 G
* Laluan Data Sensor: True 16 bit
* Jarak Angkat (dikesan): 1,8 mm (0,07 inch)
* Button: 5
* Cord: 2 m / 6.5 ft (braided to improve durability)
* Polling: 1000 Hz
* Gold-plated USB connector
* Ukuran: 130 mm x 83 mm (5,1 x 3,3in) - height 36 mm (1,4in)
* Indikator CPI High/Low
* SteelSeries FreeMove Technology
* Large pressure points that reduce friction for optimized glide
* Tiada driver diperlukan, plug-and-play feature utk gamer LAN
* Sistem Operasi: Win XP/Vista/Win 7/Win 2000/Win 98/Win ME/Mac OS
Jika korang lihat pada spesifikasi, kelebihan pada mouse ni kerana tak memerlukan sebarang driver utk berfungsi secara penuh. Kebiasaaannya gaming mouse yang lain memerlukan driver sebelum fungsi-fungsi utama dapat diaktifkan.
Satu lagi yang menarik perhatian adalah kerana Steelseries tak menggunakan perkataan 'DPI' yang bermaksud "Dot Per Inch" (perkataan yang sinonim dgn teknologi printing)dan digantikan dgn perkataan yang lebih sesuai iaitu 'CPI' yang bermaksud "Counter Per Inch".
Build quality mouse ni agak solid dan bila dipegang korang dapat rasa mouse ni bukan cikai punya mouse sbb takde unsur rapuh, senang patah atau mudah rosak bila diteliti dan dinilai secara penuh. Penggunaan kaler dan plastik yang digunakan pon agak memuaskan hati. Tiada gap yang ketara dapat dilihat pada mouse. Pada bahagian tepi mouse terdapat rubber grip yang amat berguna pada mereka yg jenis tangan berpeluh atau tangan licin kerana rubber ni akan menahan dari mouse ni terlepas dari genggaman korang...
Sesiapa yang menggunakan palm grip bila pegang mouse ni mmg akan rasa selesa kerana bentuknya agak lebar dibahagian belakang. Jadi 4 jari (ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan jari manis) dapat diletakkan/direhat/disandarkan terus kepada mouse. Dgn secara tak langsung bila korang main games, jari korang takkan rasa penat dan ia akan memberi efek sedikit sebanyak kepada perjalanan bila korang main games.
Pada bahagian belakang mouse Steelseries Ikari terdapat LCD display yang menunjukkan nama profile yang korang save. Korang bleh label apa korang suka, jadi secara tak langsung korang bleh ingat apa setting DPI dan lain² yang korang set dalam software SS.
Pada bahagian tepi mouse terdapat dua led light dgn label high dan low. Pada high dan low tersebut korang bleh set CPI mengikut suka korang dgn nilai berapa banyak korang suka dari 1 cpi (paling rendah) hingga 3200 cpi (paling tinggi). Yang bestnya SS Ikari ni bleh set cpi secara manual dan korang bleh letak berapa angka yang korang suka mengikut kesesuaian mengikut games dan screen yang korang guna.
Mouse ni menggunakan salutan kain pada bahagian kabel mouse untuk ketahanan yang lebih lama. Ia juga nampak lebih stail pada aku kerana kebiasaan kebanyakkan mouse salutan getah/plastik/poly-carbon mmg dah jadi tradisi sejak dulu lagi bagi semua jenis mouse yang aku lihat sebelum-sebelum nih... SS Ikari pon menggunakan USB connector jenis gold yang korang bleh tgk kat bawah nih. Fungsi dia untuk mempercepatkan arus elektrik mengalir dan secara tak langsung boleh mengekalkan performance secara lebih tepat dan tinggi.
Apa yang kurang pada mouse ni adalah kerana pada bahagian scroll wheel, ia menghasilkan sedikit bunyi sekiranya melakukan scrolling, tetapi smooth dan teratur. Ia mmg tidak boleh dibandingkan sama sekali dgn mouse yang berharga RM50.
Software SS Ikari juga sangat mesra pengguna dan senang untuk dilaraskan mengikut kehendak. Pelbagai pilihan macros dan fungsi lain boleh diset menggunakan software.
Yang paling aku suka pada mouse ni kerana nilai CPI boleh diset secara manual yang mana pada Roccat dan Razer nilai tersebut hanya boleh diset secara auto. Inilah kelebihan yang paling aku suka pada steelseries ikari.
Tetapi dari segi fungsi setting profile dan susunannya aku rasa Roccat mempunyai kelebihan kerana ia adalah yang paling senang utk diuruskan. Pada advance user, manual adalah yang terbaik tetapi bagi new user dan novice user setting auto adalah memadai kerana aku percaya yang korang pon takkan setting banyak-banyak pada mouse kan?
Kalau korang nak tau lebih lanjut bleh laa tanya EN KAPAN sendiri kerana dia pon pakai produk SS Ikari nih... Mungkin dia lebih arif kerana hari-hari pon dia guna mouse tuh...
Oh yer, meh aku perkenalkan mouse SS Ikari Laser Iron Lady (mcm en kapan pakai).. huhuuhh
Sedikit intro,
Iron.Lady adalah unik dan acara yang berjaya di negara China. Iron Lady menampilkan gadis² top professional gamer Warcraft 3 dari serata Asia, sesi peperangan antara satu sama lain untuk hadiah yang menarik dan merebut gelaran "Super Iron Lady". Iron.Lady telah ditubuhkan pada tahun 2007 dan mencapai bilangan penonton kira-kira 3.7 juta di negara China sendiri. Iron.Lady menampilkan kekuatan personaliti setiap gadis², tetapi ia juga untuk menonjolkan kebolehan berlawan di peringkat professional. Kejohanan Iron.Lady adalah satu batu loncatan yg sangat kompetitif dalam sukan elektronik wanita.
Gamer dari Iron.Lady 2:
Gambar-gambar SS Ikari versi Iron.Lady:
Terdapat dua pilihan kaler bagi versi Iron.Lady iaitu Putih dan Pink.
Setiap pembelian mouse iron.lady akan mendapat free mousepad SS QCK-small versi Iron Lady. Kalau beli mousepad Iron.lady ni je rega = RM65.00. Kalau beli mouse Iron.Lady secara auto akan mendapat mousepad iron.lady selagi package tersebut masih ada kat pasaran. Lebih RM10 je dari harga standard SS Ikari Laser. So korang congak ler sendiri
Ok lagi satu, SS Ikari laser ada keluar limited edition mouse jugak macam gambar kat bawah ni (version games SUDDEN ATTACK)...
Tentang rega limited edition Sudden Attack nihh... mahal sket dari standard SS ikari Laser dan Iron.Lady. Kena tambah lagi RM50 berbanding standard color SS Ikari Laser.... Tentang mousepad plak, Iron.Lady je yang percuma kalau beli dgn mouse sekarang nih, yang lain-lain kena beli asing ler... Nanti aku buat review pasal mousepad plak yer dilain masa.... So, kalau berminat korang bleh ler buat pilihan sendiri yer...
Penilaian:Positif:- Bersaiz lebar, memberi keselesaan yang lebih pada pengguna
- Freemove teknologi
- Produk yang berkualiti
- LCD dispay dibahagian bawah mouse / Fungsi dua pilihan low and high CPI setting
- Tiada unsur rapuh atau gap yang ketara
- 1000hz polling rate utk 1ms masa tindak balas
- Software yang mesra pengguna, macro boleh di set mengikut kehendak penggunaan.
- Bentuk yang paling ergonomik dan selesa
- Rubber grip dibahagian tepi - lebih cengkaman
- CPI boleh diset secara manual memberi kelebihan pada advance user.
- Braided cloth pada kabel mouse
Negatif:- 3200DPI gaming laser sensor -user preference!~
- Scroll wheel menghasilkan bunyi (perlahan je!~)
- Tiada efek atau fancy (bling bling).. hahahah -user preference-
Markah yang dapat aku beri untuk mouse ni -
Design: 7.5/10
Performance: 10/10
Ergonomic: 10/10
Quality: 9/10
Price: 8/10
MARKAH PENUH: 8.9/10