Komuniti Rider Moped Malaysia

// Selamat Datang Ke Forum MRC (Moped Riders Community) // Selamat Berforum dan berkongsi memberi info permotoran dll yang berilmiah.... Sharing is caring ;-)

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Rider Moped Malaysia

// Selamat Datang Ke Forum MRC (Moped Riders Community) // Selamat Berforum dan berkongsi memberi info permotoran dll yang berilmiah.... Sharing is caring ;-)

Komuniti Rider Moped Malaysia

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Moped Riders Community

.: SELAMAT DATANG KE MRC :.

+9
GanahSokmo
Wasie
Admin
Sp33d3r
Zul.Caffan.Su-47
faqih86
Chi Kent
kInOzAwA
AwEk$ S@kti
13 posters

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    LcBoy135z
    LcBoy135z
    Junior MRC
    Junior MRC


    Posts : 440
    Reputation : 1
    Join date : 03/07/2009
    Age : 32
    Location : SEGAMAT-KERATONG-MUADZAM-KUANTAN

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 6 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by LcBoy135z Mon 26 Apr 2010, 6:49 pm

    salam ustaz...knpe skrg nih makin menjadi² masalah sosial..

    seperti contoh dlm surat khabar metro..setiap hari ada sahaja berite mengenai rogol,sumbang mahram,bunuh dan lain².

    Kerajaan tidak ambil berat ke hal ini.,
    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 6 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 Sun 09 May 2010, 12:31 pm

    LcBoy135z wrote:salam ustaz...knpe skrg nih makin menjadi² masalah sosial..

    seperti contoh dlm surat khabar metro..setiap hari ada sahaja berite mengenai rogol,sumbang mahram,bunuh dan lain².

    Kerajaan tidak ambil berat ke hal ini.,

    W'salam wbt...maaf lmbt reply...
    berkaitan dgn persoalan atau perbincangan yg saudara utarakan, bg sy, bnda ni semua berkaitan dgn kerajaan pimpinan kt sekarang, adakah mereka btul2 mengamalkan hukum2 islam?syariat islam?tepuk dada, tanya diri sendiri...cuba kt selami dan pelajari semasa pemerintahan zaman para2 sahabat dulu bagaimana?ketika para sahabat dulu memerintah, dengan tertegaknya syariat islam dimuka bumi ini, aman damai sesebuah negara itu, lelaki & wanita dijaga dan terjaga, yg salah akan menerima hukuman yg setimpal dgn perbuatan menurut hukum2 islam pada zaman para sahabat dulu, tapi sekarang?adakah negara kt buat semua tu?yg tu semua masing2 bleh jawab...n lagi satu, paling pnting selain dari di atas, dalam sesebuah keluarga, syariat islam perlu disemadikan pada setiap ahli keluarga, ttg hukum2 islam, solat terjaga @ tidak, sentiasa peringatkan mati dalam iman ketika kt berborak2 bersama keluarga n mcm2 lg bnda kt bleh buat...

    harap jwpan sy sedikit sebnyak dpt berkongsi dgn saudara..klau saudara nk tmbh pun bleh...sy alu2 kan...jazakallah...
    LcBoy135z
    LcBoy135z
    Junior MRC
    Junior MRC


    Posts : 440
    Reputation : 1
    Join date : 03/07/2009
    Age : 32
    Location : SEGAMAT-KERATONG-MUADZAM-KUANTAN

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 6 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by LcBoy135z Sun 09 May 2010, 4:48 pm

    terima kasih sudi memberikan jwapan.


    ada lagi satu soalan berkenaan angkat.

    ape yg saya tahu hanya keluarga angkat saja tetapi batasnyer mcm bese.Aurat tidak boleh di dedahkan seperti keluarga kandung.

    tetapi pada zaman ini,terutama pelajar skolah.rmai yg ada adik angkat,abang angkat...yg mana saya sndri xfaham munculnyer konsep ini.setahu saya tiada.

    pada saya juga,jika adk angkat or etc nih di teruskan,inilah antara penyumbang kpd gejala sosial yg mner mereka salah faham ttg konsep adk n abg n etc itu td,dimana mereka bebas bergaul seperti adk sndri.

    So,apa pndpt ustaz ttg ini.Adakah hukumnye HARAM?
    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 6 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 Sun 09 May 2010, 6:09 pm

    LcBoy135z wrote:terima kasih sudi memberikan jwapan.


    ada lagi satu soalan berkenaan angkat.

    ape yg saya tahu hanya keluarga angkat saja tetapi batasnyer mcm bese.Aurat tidak boleh di dedahkan seperti keluarga kandung.

    tetapi pada zaman ini,terutama pelajar skolah.rmai yg ada adik angkat,abang angkat...yg mana saya sndri xfaham munculnyer konsep ini.setahu saya tiada.

    pada saya juga,jika adk angkat or etc nih di teruskan,inilah antara penyumbang kpd gejala sosial yg mner mereka salah faham ttg konsep adk n abg n etc itu td,dimana mereka bebas bergaul seperti adk sndri.

    So,apa pndpt ustaz ttg ini.Adakah hukumnye HARAM?


    Dalam islam, x de istilah keluarga angkat, abg angkat, adk angkat semua...berkawan tdk salah dalam islam, tapi batas2 yg islam telah tetapkan kene la jaga...Hukum Halal Haram semua tetap Hukum yg telah ditentukan Allah, Halal Haram semua mmg sudah tidak boleh diubahkan...jadi, jgnla biarkan matlamat menghalalkan cara... bagi zaman skrg spt abg angkat atau adik angkat, hukum nya ttp sama seperti seorang yang bukan mahram bagi lelaki dan perempuan jika bersentuhan atau bergurau senda atau bercakap yg bukan2 sama seperti lelaki lain, walaupun dia abg angkat, hukumnya ttp haram melainkan batas2 agama dijaga, tidak ada msalah utk berkawan...dan seperkara lagi, ingin perbetulkan disini, msyarakat kt selalu keliru dgn penggunaan muhrim dan mahram..dsini sy akan terangkan ape itu muhrim dan apa itu mahram..Untuk pengetahuan sahabat2 semua muhrim bermaksud orang yang berihram dan mahram pula bermakna orang yang haram dikahwini. Tidak dapat dinafikan ramai yang tersalah menggunakan perkataan ini. Dan ada juga sebahagian yang mengatakan kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang sama. Jadi, berhati-hatilah ketika menuturkan kedua-dua perkataan ini. Di harap penjelasan ini sedikit sebanyak dapat meleraikan kekeliruan yang bersarang di fikiran anda semua....wallahu'alam...

    Kesimpulan, hukumnya tidaklah haram utk berkwan ttp adab2 dan batas2 dalam islam kene la dijaga...andaikata batas2 islam tidak dijaga, maka hukumnya jatuh kepada HARAM..jazakallah...
    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 6 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 Sat 22 May 2010, 1:31 pm

    Hadis : Roh Harum & Roh Busuk

    Hadis :
    Dari Abu Hurairah r.a katanya: "Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit." Kata Hammad :"Kerana baunya harum seperti kasturi." Kata penduduk langit " Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam." Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman:"Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat." Kata Abu Hurairah selanjutnya:" Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian-, maka berkata penduduk langit,"Roh jahat datang dari bumi." Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat."
    (Muslim)

    Huraian :

    Kematian sesungguhnya amat menyiksakan. Kematian orang-orang yang tidak beriman mempunyai banyak perbezaan dengan kematian orang-orang yang beriman. Tanda-tandanya bukan sahaja dapat dilihat oleh orang yang hidup bahkan ini diperakukan sendiri di dalam al-Quran melalui firman Allah S.W.T yang maksudnya:"Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar." (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (al-Anfal :50). Rasulullah s.a.w sekalipun dianggap sebagai kekasih Allah turut merasakan kesakitan sakratulmaut. Itupun baginda diperlakukan secara lembut oleh malaikat. Maka bayangkanlah bagaimana kesakitannya jika kita selaku insan biasa dapat berhadapan dengan situasi ini. Oleh itu seharusnya kita sentiasa berwaspada agar tidak tergolong di kalangan orang-orang yang tidak beriman, lalai dan lupa kepada Allah kerana sudah pasti roh kita nanti bakal ditempatkan di dalam penjara sehingga hari kiamat.

    wallahu'alam bis sawab...
    Thnks for read n view...jazakallah... Very Happy
    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 6 Empty Ingin Tahu Hukum Atau Jadi Jutawan ? Betulkan Cara Belajar

    Post by faqih86 Tue 13 Jul 2010, 7:27 am

    Ingin Tahu Hukum Atau Jadi Jutawan ?Betulkan Cara Belajar

    Belajar Cara atau Manhaj Berfikir

    Setiap kali saya hadir mendengar ulama-ulama besar atau para pemikir, para Professor, Para Pemegang ijazah PhD, Tuan-tuan guru pondok, ahli politik dan individu hebat dan berjaya di bidang-bidang mereka. Saya tidak hanya mendengar isi kandungan penyampaiannya, kerana saya sedar, sukar untuk saya mempelajari segala jenis ilmu hanya dari beberapa kuliah atau ceramah. Dari sekecil-kecil isu ke sebesar-besarnya.

    Pada hemat saya adalah amat bermanfaat untuk saya membaca dan melihat bagaimana seorang ilmuan itu berfikir dan menyusun kandungan ceramah dan percakapannya.

    Saya akui, tidak semua cekap dalam menyampaikan mesej dengan berucap walaupun pemikirannya cemerlang. Jika demikian, proses 'screening' juga amat berkesan dilakukan dari artikel yang ditulis dan buku-buku.

    'Screening' Cara Pemikiran Ulama Di Depan Ulama

    Saya masih ingat bagaimana pertama kali saya mendengar kuliah Syeikh Prof Dr Wahbah Az-Zuhayli secara 'live' adalah di Universiti Al-Yarmouk, Jordan. Tajuk yang disampaikan ketika itu adalah berkenaan 'Al-Istinsakh' atau 'Pengklonan Manusia'.

    Saya begitu bersemangat sekali untuk menghadirinya kerana ingin meihat bagaimana manhaj pemikirannya ketika menyampaikan kuliah tersebut. Terutamanya apabila melihat para hadirin yang majoritinya adalah para pensyarah dan para ulama di Jordan.

    Ye, cukup hebat sekali pengalaman itu, saya berpeluang melihat bagaimana cara seorang ulama besar menyampaikan kuliah Fiqh semasa kepada ulama juga.

    Sudah tentu, beliau akan menggunakan bahasa Fiqh yang tinggi, manhaj berfikir yang paling kritis dan penjelasan yang paling terperinci. Saya ingin tahu bagaimana cara beliau lakukan dalam masa 2 jam.! Bukan mudah untuk meirngkaskan tajuk seluas itu kepada hanya 2 jam. Sudah tentu beliau terpaksa menggunakan kecerdikannya untuk memilih isi paling utama. Saya menunggu untuk mengetahui apakah kandungan yang paling utama bagi beliau.

    Saya ingin tahu apakah tahap tertinggi Dr Wahbah Zuhayli agar mampu saya buat satu 'ceiling' ilmiah tahap kemampuan ulama di zaman ini apabila berbicara secara spontan di hadapan pendengar. Dengan demikian, kita mampu mengukur diri lalu mampu mengetahui berapa jauh lagi kita berbandingnya.

    Benar, saya benar-benar telah mampu mempelajari sesuatu dari kuliah tersebut, bukan hanya dari inti ceramahnya tapi juga adalah bagaimana tahap ilmu tertinggi yang disampaikan oleh ulama sehebat Dr Wahbah kepada sekumpulan ulama lain.

    Baru-baru ini semasa di persidangan Fiqh Dunia di Putrajaya, peluang mengikuti perbincangan dan perdebatan tertinggi antara ulama seluruh dunia amat bermakna buat saya. Perbincangan tahap tinggi antara ulama peringkat tertinggi dunia.

    Sebenarnya, saya telah lakukan cara ini sejak berada di Universiti Malaya lagi, tetapi menjadi sangat aktif hanya selepas menamatkan pengajian di UM dan memasuki dunia kerjaya dan semakin aktif ketika menuntut di Jordan. Semua pensyarah yang mengajar akan saya 'screen' cara pemikiran, penyusun maklumatnya serta cara ia mengeluarkan sesuatu keputusan terhadap sesuatu isu dan soalan. Demikian juga artikel yang saya baca.

    Bagi saya ia adalah satu proses pembelajaran yang amat menarik dan penting samada pengajian di Universiti mahupun pondok. Malah ia boleh membantu amat membantu seseorang berfikir lebih matang berbanding umurnya.

    Keperluan Role Model

    Proses tadi akan menjadi lebih bermanfaat kita digabungkan dengan memiliki 'role model'. Di sinilah pentingnya kita meletakkan role model bagi apa jua yang ingin kita capai. Tahap kejayaan dan cara yang ada pada role model boleh kita jadikan sebagai target yang perlu diusahakan.

    Namun anda perlu memastikan untuk tidak meletak role model yang terlalu jauh dan tinggi tahapnya hingga tidak mampu dicapai.

    Ye benar, saya pasti memang ramai yang telah mempunyai role model mereka sendiri untuk berjaya, tetapi satu kecacatan yang kerap saya temui di kalangan mereka adalah tidak belajar dan tidak mengetahui bagaimana cara role model mereka berfikir dan jalan kejayaan 'role model' mereka.

    Bayangkan, ramai yang meletakkan Tan Sri Mokhtar al-Bukhari sebagai 'role model' kejayaan dalam mengumpul kekayaan dan bisnes, bercita-cita untuk menjadi jutawan dan billionaire. Disebabkan cita-cita itulah ada yang menyertai skim cepat kaya internet, dan ada pula yang menyertai MLM piramid untuk mengikuti jejak langkah kekayaaan role modelnya. Padahal role modelnya tidak pernah sertai cepat kaya mahupun MLM.

    Inilah satu kesilapan. Anda perlu mengetahui cara perjalanan bisnes Tan Sri Mokhtar untuk menjadi seperti beliau, tiada jalan singkat. Demikian juga ada yang menjadikan Irfan Khairi dan Azizi Ali sebagi role model jutawan muda yang lebih hampir dengan mereka. Malangnya mereka tidak membaca buku tulisan mereka berdua ini serta tiada idea bahawa kekayaan yang diperolehi bukan dengan jalan singkat dan mudah. Betapa banyak kesukaran dan banyaknya usaha mereka sebelum muncul sebagai jutawan.

    Tiada jalan pintas dan mudah. Azizi Ali menyebut ia membaca 3 buah buku berkenaan pengurusan kewangan setiap minggu bagi memperlengkapkan diri dengan ilmu bagi menjadi jutawan. Bagaimana pula dengan orang yang menjadikannya sebagai role model. Berapa buah buku pula? Atau tersu masuk skim cepat kaya tanpa ilmu sahaja?

    Saya juga kenal agak ramai jutawan Melayu Islam di Malaysia, seperti pengasas Dialog Group Berhad, Pemilik bas Express Budaya, pengasas INGRESS Corporation Berhad dan banyak lagi. Saya sudah lihat dan screen kepayahan mereka, usaha yang diletakkan, perancangan detail yang digariskan oleh mereka untuk berjaya. TIADA JALAN MUDAH samada untuk menjadi Jutawan atau Ulama.

    Saya masih ingat satu hari ketika berada di rumah pengasas salah satu syarikat di atas. Tiba-tiba datang beberapa orang ustaz beserta usahawan bumiputra ingin membentangkan satu projek pendidikan yang memerlukan bantuan kewangan dari tuan rumah. Mereka memerlukan beberapa puluh ribu.

    Malangnya proposal yang dibentang amat lemah dan tidak menyakinkan. Ia ditolak dengan cara baik dari tuan rumah.

    Dengan marahnya, pemohon berkata "kamu ni duit juta-juta, kami minta puluh ribu pun kedekut"

    Bayangkan betapa tidak beradabnya pemohon ini.

    Selepas mereka pulang, tuan rumah meluahkan tidak puas hati nya kepada saya. Satu yang masih sangat ingat adalah, beliau menyebut..

    "Ingat senang ke nak dapat pulu-puluh ribu, orang susah-susah cari dia senang-senang nak minta dengan proposal tidak tentu arah"

    Say amat fahami kata-katanya kerana saya sudah faham betapa sukarnya beliau mendapat kekayaan yang berada di hadapan matanya sekarang. Jangan menyalahgunakan tujuan baik tanpa pembentangan profesional.Ia hanya merosakkan tujuan yang baik tadi.

    Kesan Tidak Pelajari Manhaj Role Model

    Jika ingin menjadi jutawan perlukan pengetahuan mendalam cara berifkir dan manhaj si jutawan. Demikian juga jika anda ingin menjadi seorang ulama, anda hendaklah memproses dan menganalisa pemikiran berpuluh-puluh ulama selain mempelajari ilmu yang sedang disampaikannya secara langsung. Namun, ilmu berkenaan cara para ulama ini berfikir adalah satu jenis ilmu yang sering disia-siakan oleh kebanyakan pelajar. Demikian juga ilmu-ilmu lain.

    Hasilnya pelajar akan menjadi 'stereotype' dengan apa yang diajar gurunya dan tidak punyai kemampuan memperkembangkan 'manhaj' atau tatacara pemikiran gurunya.

    Tatkala itu, sekiranya si pelajar tadi menempuh sesuatu isu yang tidak pernah diajarkan secara specifik oleh gurunya, pelajar pasti akan kembali merujuk gurunya setiap kali terbitnya soalan baru. Ini boleh menyebabkan guru dapat mengenalpasti ketidakcerdasan muridnya.

    Bagi saya, anak murid sebegini tidak akan mampu pergi jauh dalam dunia ilmu dan akan terkapai-kapai apabila terpisah dari gurunya samada disebabkan kematian atau jarak. Malah jika kitab atau buku yang dipelajari atau notanya hilang, ia akan menjadi seperti kembali ke alam Jahiliyah akibat 'lost almost all knowledges' kerana kehilangan itu. Jika buku tidak hilnag pula, mereka kerap bersifat taksub atau terlalu mengagungkan satu-satu- pendapat dan fatwa guru mereka.

    Saya pernah bertemu dengan seorang pelajar Arab semasa di Jordan, yang cukup keras dalam fatwa yang dikatakan diambil langsung dari pensyarahnya yang juga Ulama terkenal di sana.

    Saya tidak berpuas hati dengan kekerasan pandangannya, akhirnya saya sempat bertemu dengan ulama tersebut lalu mengutarakan soalan yang sama. Saya utarakan juga apa yang dipegang oleh muridnya. Sambil menggeleng kepala, ulama ini berkata :

    "Dia benar-benar masih mentah dan tidak mampu memahami fatwaku" Beliau kelihatan kesal dengan senario itu.

    Inilah kerana mereka mempelajari ilmu secara kurang bijak. Apabila dirujuk kepada guru yang mereka pegangi, jawapan guru tidak 'beku' atau 'jumud' sebagaimana yang disangka oleh anak murid ini.

    Akhirnya, anak murid ini kurang berjaya menyelesaikan masalah setempat yang sentiasa berubah-ubah. Yang hanya dimahiri adalah fatwa dan keputusan gurunya 'sebiji-sebiji'. Padahal keputusan dan fatwa gurunya mungkin boleh berubah dengan keadaan sekeliling di ketika itu (terutamanya dalam bidang Fiqh). Jika dapat difahami manhaj atau cara pemikiran gurunya, ia sudah pasti mampu menjadi seorang yang lebih bermanfaat.

    Maaf, ia memang agak sukar untuk memperturunkan kaedahnya di dalam tulisan ini.

    Sehingga hari ini sesiapa sahaja yang berbicara isu ilmiah atau memberikan ceramah, secara tidak langsung saya akan ter'screen' cara kepintaran mereka menyusun topik yang disampaikan. Saya suka memanfaatkannya. Ia memberi input yang amat baik bagi saya.

    Malah cara inilah yang dilakukan oleh Al-Imam Muhammad Bin Idris As-Syafie ( wafat 204 H), apabila terbukti beliau menuntut ilmu dari Imam Malik Bin Anas dari madrasah aliran hadis, Imam Muhammad Al-Hasan (murid utama Imam Abu Hanifah) yang dikenali dari aliran aqal dan seterusnya Imam Ahmad Bin Hanbal sebagai rakan hampir dan lain-lain. Terbukti Imam As-Syafie tidak meniru bulat-bulat semua ilmu dan gahya pemikiran setiap guru-gurunya, tetapi beliau berjaya mengambil manfaat dari semua manhaj yang ada dan menggubalnya dalam bentuk tersendiri sehingga menjadi satu manhaj yang tersendiri lagi mantap.

    Setelah saya menerangkan hukum berkenaan pelbagai hukum transaksi kewangan di web ini ( http://www.zaharuddin.net/) dan juga hukum-hukum yang lain. Banyak kali kotak email dan ruang komentar saya diterjah soalan-soalan yang berulang, cuma bentuk lafaz dan ayatnya sahaja yang berbeza. Inilah juga kesan buruk akibat tidak membaca artikel dengan mengambil manfaat dari asas hukum bagi setiap isu yang saya utarakan. Ia menyebabkan soalan berulang isinya berbeza lafaznya akan ditanya berulang kali.

    Sebagai contoh, soalan berulang terdapat juga soalan yang seperti

    1) Melalui artikel "Bolehkah Wanita Berdakwah Melalui Nasyid"

    Salah satu soalan yang diutarakan adalah di ruangan komen :

    "Salam ustaz, boleh jelaskan tak tentang hukum bersanding, sebab ape tidak boleh, hmm terima kasih kepada semua tulisan"

    Padahal telah saya jelaskan antara sebab haramnya dalah kerana wanita yang bernaysid di hadapan khalayak kerap mencantikkan diri bentuk melampau mereka sehingga sebahagiannya mendedahkan bentuk tubuh dan berlenggang lenggok. Sepatutnya inti ini sahaja sudah boleh dipadankan dengan soalannya dan terus mendapat jawapan.

    2) Contoh lain adalah melalui artikel "kayu kokka dan bahaya kesyirikan"

    Soalan diutarakan dalam ruangan komen :

    "ada kawan saya kata anaknya demam dan beliau masukan tasbih kokka beliau dalam air selepas setengah jam bagi minum dan tak lama selepas tu anaknya sihat. Ni khasiat kokka ke?"

    Inilah bentuk soalan yang tidak sepatutnya ditanya lagi jika memanfaatkan artikel itu dengan baik.

    3) Melalui artikel "Displin dalam pertunangan"

    Soalan diutarakan di ruangan komen juga :

    "Saya nak bertanya. Apakah cara untuk mengawal status hubungan supaya tidak terjadi seperti era zaman nih, sebab ia mungkin akan terjadi bagi orang yang tidak memahami erti cara Islam. Bagaimana nak hilangkan gejala seperti itu sedangkan orang yang alim dan warak pun juga terjebak. Saya nak minta nasihat ustaz supaya keadaan nih dapat dikawal, terutama bila berkawan"

    Lihatlah, cara-cara untuk mengawal telah diterangkan di dalam artikel, tetapi masih ditanya ..saya juga pelik.

    Inilah kelemahan yang akan terhasil akibat membaca sebuah artikel tanpa cuba melakukan 'screen' kepada asas bagaimana sesuatu fatwa itu dikeluarkan. Jika tidak, biasanya soalan mudah sebegini tidak akan timbul lagi.

    Artikel, Dalil & Nota Kaki

    Saya tahu terdapat pro kontra membuat artikel dengan disertakan nota kaki dan dalil. Ada yang lebih menyukai santai di sana sini tetapi berisi. Ada juga yang suka santai tanpa isi.

    Bagi saya, masing-masing punyai golongan sasaran tersendiri. Saya juga punyai sasaran saya sendiri. Artikel saya dicampur adukkan antara cara santai dan cara nota kaki serta dalil. Ia bertujuan mengajar sedikit demi sedikit cara berfikir yang benar, iaitu biasakan diri dengan beberapa dalil asas dalam menilai situasi, tidak perlu terlalu banyak. Beerapa dalil asas sudah mencukupi.

    Demikian juga fungsi nota kaki atau nama kitab yang disebut. Ia mensasarkan kumpulan yang suka merujuk kembali dan mengajar para pelajar yang masih baru untuk berkenalan dengan kitab yang patut dirujuk. Para pelajar yang 'buta' kitab yang perlu dirujuk boleh dengan mudah tersilap akhirnya membawa padah racun gerakan liberal dan orientalis jahat.

    Justeru, bagi sebuah artikel bernota kaki, nota kaki itu sendiri adalah bentuk pemberian ilmu kepada pembaca dan tidak terhad hanya kepada 'matan' atau kandungan teras artikel. Ia adalah satu jenis cara pengajaran yang sangat bermanfaat buat pelajar, tetapi mungkin tidak bagi orang awam.

    Apapun, saya perlu mensasarkan manfaat bagi kedua-dua kumpulan. Dengannya saya berharap akan ada yang mampu mempelajari isu yang dikupas dengan lebih baik agar soalan-soalan berulang seperti contoh di atas akan berkurangan.

    Ilmu Kewangan & Dr Abd Sattar Abu Ghuddah

    Dalam bab kewangan Islam, selama setahun lebih saya pelajari cara pemikiran dan ilmu Fiqh Mualamat dan kewangan semasa dari Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah secara dekat. Peluang bertugas di Qatar Islamic Bank Bhd (Asian Finance Bank Berhad) tidak saya sesiakan begitu sahaja.

    Sehingga saya juga telah mencuba mengeluarkan banyak pendapat sendiri dalam kebanyakan isu harian perbankan, tetapi ia berdasarkan manhaj pemikiran dan ilmu Syeikh Dr Abd Sattar.

    Saya tidaklah terus selesa sedemikian, tetapi dalam beberapa ketika saya akan menyemaknya dengan Syeikh bagi memastikan samada saya benar-benar telah mampu menggunakan manhaj pemikiran dan ilmunya dengan tepat. Alhamdulillah, 99.5 % keputusan yang saya beri 'in advance' kepada pengurusan tertinggi bank akan dipersetujui oleh Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah kemudiannya.

    Malah, lebih meriah apabila pernah keputusan yang saya perolehi berbeza dari fatwa sebenar beliau. Setelah dimesyuaratkan, akhirnya beliau bersetuju dengan keputusan saya. Antaranya adalah dalam isu 'Ar-Rahn'. Alhamdulillah. Tiada apa yang perlu saya banggakan ketika menyebut di sini, apa yang saya ingin fokuskan adalah contoh yang saya alami sahaja.

    Ia bukanlah tanda saya ini bijak, cuma saya ingin memberikan contoh bagaimana bermanfaatnya kaedah ini.

    Jangan Lupa Audien

    Tetapi ingat, ia mesti dilakukan dengan betul dan melihat siapa audien yang bertanya.

    Maksud saya, jika si penanya adalah orang awam yang amat kurang ilmu Islamnya, cara jawapan dari seorang ilmuan juga akan dipermudah. Ini juga wajib dipelajari dari para ulama.

    Jangan pula, tersilap menggunakan cara atau kaedah jawapan mudah di majlis ilmiah dan seminar peringkat tinggi. Jangan juga sebaliknya. Jika bercampur gunakan tahap pertengahan.

    Sebuah hadis atau kata-kata hikmah menyebut :

    أمرت أن أخاطب الناس على قدر عقولهم

    Ertinya : Aku diperintahkan untuk berucap kepada manusia menurut kadar kemampuan aqal mereka" ( Faidhul Qadir, 3/378 ; Ibn Hajar : Sanadnya sangat dhoif tetapi tidak samapi maudhu)

    Semoga berjaya dalam pencarian ilmu kita.

    Sekian

    Zaharuddin Abd Rahman

    http://www.zaharuddin.net/
    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 6 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 Fri 23 Jul 2010, 9:52 am

    Kategori : AKIDAH Usuluddin

    Tajuk :
    Cara Malaikat Mengambil Nyawa Manusia

    Hadith :

    Rasulullah s.a.w bersabda: "…..Dan apabila seseorang mukmin sampai masa matinya ia digembirakan oleh Malaikat yang hendak mengambil nyawanya: Bahawa ia akan beroleh rahmat Allah dan keredhaan-Nya serta Syurga-Nya, maka pada ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dicintai oleh orang itu lebih daripada menerima apa yang dihadapinya, lalu ia suka dan ingin mengadap Allah, dan Allah juga redha menerimanya dengan sebaik-baik sambutan; dan apabila seseorang yang kafir atau yang berdosa didatangi oleh Malaikat yang hendak mengambil nyawanya, ia diberitahu bahawa ia akan beroleh azab seksa Allah dan kemurkaan-Nya, maka ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dibencinya lebih daripada yang dihadapinya; dengan sebab itu maka ia merasa gerunan tidak suka mengadap Allah, dan Allah juga tidak redha ia mendekati rahmat-Nya apalagi mengadap-Nya."

    Dari Sebilangan Sahabat r.a

    Huraian
    Rasulullah s.a.w bersabda: "…..Dan apabila seseorang mukmin sampai masa matinya ia digembirakan oleh Malaikat yang hendak mengambil nyawanya: Bahawa ia akan beroleh rahmat Allah dan keredhaan-Nya serta Syurga-Nya, maka pada ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dicintai oleh orang itu lebih daripada menerima apa yang dihadapinya, lalu ia suka dan ingin mengadap Allah, dan Allah juga redha menerimanya dengan sebaik-baik sambutan; dan apabila seseorang yang kafir atau yang berdosa didatangi oleh Malaikat yang hendak mengambil nyawanya, ia diberitahu bahawa ia akan beroleh azab seksa Allah dan kemurkaan-Nya, maka ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dibencinya lebih daripada yang dihadapinya; dengan sebab itu maka ia merasa gerunan tidak suka mengadap Allah, dan Allah juga tidak redha ia mendekati rahmat-Nya apalagi mengadap-Nya."

    wallahu'alam bis sawab...
    Thnks for read n view...jazakallah... Very Happy
    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 6 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 Thu 29 Jul 2010, 5:17 am

    Kategori : AKIDAH Akhlak

    Tajuk :
    Hati Yang Selalu Muda

    Hadith :
    Dari Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Hati seorang tua tetap muda dalam hal mencintai dua perkara iaitu dalam hal mencintai hidup dan harta benda.”

    (Muslim)

    Huraian
    Kehidupan ini akan menjadi indah jika kita sentiasa bersemangat untuk meneruskan hayat. Dengan perkataan lain apabila semakin tua usia kita, jiwa kita semakin muda. Tetapi muda di sini bukanlah bermaksud menganggap kematian itu masih jauh sehingga tidak kenal erti taubat dan tidak habis-habis melakukan maksiat yang walaupun usia sudah lanjut, ’rumah kata pergi, kubur kata mari’, masih juga bergelumang dengan dosa. Hal yang demikian ini merupakan suatu yang amat merugikan. Oleh sebab itu kita diminta untuk merebut 5 peluang sebelum tiba 5 rintangan iaitu waktu kaya sebelum miskin, waktu senang sebelum sibuk, waktu sihat sebelum sakit, waktu muda sebelum tua dan waktu hidup sebelum mati. Maka sebagai insan yang percayakan kedatangan hari kiamat dan kematian itu akan datang pada bila-bila masa, tidak harus menanamkan kecintaan berlebihan terhadap dunia kerana esok sebenarnya bukanlah satu kenyataan. Bahkan kenyataannya adalah di saat-saat sekarang. Oleh itu jalan yang paling selamat ialah dengan berpegang pada prinsip bahawa seseorang itu harus berusaha (bekerja) seolah-olah dia akan hidup selama-lamanya dan beribadat seolah-olah dia akan mati pada esok hari.”

    wallahu'alam bis sawab...
    Thnks for read n view...jazakallah... Very Happy
    LcBoy135z
    LcBoy135z
    Junior MRC
    Junior MRC


    Posts : 440
    Reputation : 1
    Join date : 03/07/2009
    Age : 32
    Location : SEGAMAT-KERATONG-MUADZAM-KUANTAN

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 6 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by LcBoy135z Tue 03 Aug 2010, 9:33 am

    terkini...aku dgr kwn aku ada bgtau...colgate dan ada lagi barangan lain adalah tidak halal.

    boleh terangkan?
    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 6 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 Thu 07 Oct 2010, 1:46 pm

    LcBoy135z wrote:terkini...aku dgr kwn aku ada bgtau...colgate dan ada lagi barangan lain adalah tidak halal.

    boleh terangkan?

    Salam.maaf lmbt reply...bnda yg diungkitkan oleh saudara mmg dah penah dikatakan dulu....sila rujuk laman web jakim utk kepastian..
    sy rsa bnda ni dah selesai dlu...tq.
    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 6 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 Thu 07 Oct 2010, 1:47 pm

    Kategori : IBADAH Akidah
    Tajuk :

    Senyuman Suatu Sedekah
    Hadith :

    Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.”

    (Ahmad)

    wallahu'alam bis sawab...
    Thnks for read n view...jazakallah... Very Happy
    -senyum sokmo-
    LcBoy135z
    LcBoy135z
    Junior MRC
    Junior MRC


    Posts : 440
    Reputation : 1
    Join date : 03/07/2009
    Age : 32
    Location : SEGAMAT-KERATONG-MUADZAM-KUANTAN

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 6 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by LcBoy135z Mon 18 Oct 2010, 2:45 pm

    [quote="faqih86"]
    LcBoy135z wrote:terkini...aku dgr kwn aku ada bgtau...colgate dan ada lagi barangan lain adalah tidak halal.

    boleh terangkan?

    Salam.maaf lmbt reply...bnda yg diungkitkan oleh saudara mmg dah penah dikatakan dulu....sila rujuk laman web jakim utk kepastian..
    sy rsa bnda ni dah selesai dlu...tq.[/quote


    jwpn dari ustaz?? lol!
    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 6 Empty IBADAH Akidah

    Post by faqih86 Tue 23 Nov 2010, 6:23 pm

    Kategori : IBADAH Akidah
    Tajuk :
    Bersabar Dalam Berdoa
    Hadith :
    Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”
    (Muslim)

    Huraian
    Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya. Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah: “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa.

    Sponsored content


    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA - Page 6 Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Fri 26 Apr 2024, 11:54 pm