Komuniti Rider Moped Malaysia

// Selamat Datang Ke Forum MRC (Moped Riders Community) // Selamat Berforum dan berkongsi memberi info permotoran dll yang berilmiah.... Sharing is caring ;-)

Moped Riders Community

.: SELAMAT DATANG KE MRC :.

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Share

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Hijrah pemikiran ummah

    Post by faqih86 on Thu 17 Dec 2009, 8:36 pm

    Salam ukhwah fillah..

    Awal Muharam atau Maal Hijrah bukanlah perkara asing bagi seluruh umat Islam. Peristiwa ini cukup signifikan dalam konteks memacu kemajuan ummah menghadapi cabaran-cabaran dalam pelbagai bidang.

    Tanpa penghayatan dan memahami konteks hijrah masa kini, akan mengundang episod kegagalan kepada umat Islam sendiri.

    Persoalannya berapa ramai daripada kita yang benar-benar menghayati falsafah dan sejarah di sebalik peristiwa tersebut?


    Secara umumnya perayaan 1 Muharam ini merujuk kepada peristiwa agung sejarah hijrah (perpindahan) yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para pengikutnya dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

    Tarikh ini menjadi sebahagian daripada hari memperingati di dalam kalendar Islam kerana ia merupakan titik tolak kepada era pergerakan dakwah Islamiah yang disebarkan oleh Rasulullah s.a.w. ke seluruh pelosok dunia. Hasilnya sehingga ke hari ini Islam menjadi salah satu agama terbesar dunia dengan jumlah seramai lebih 1.3 bilion atau satu per lima daripada penduduk dunia.

    Perjalanan yang menempuh pelbagai cabaran ini bukanlah semata-mata kerana takutkan ancaman dan asakan daripada kaum kafir Quraisy tetapi menjadi strategi Nabi Muhammad s.a.w. sendiri untuk melalukan transformasi dakwahnya dan juga menjadi sebahagian ujian bagi umat Islam. Ia tidak akan berjaya tanpa perancangan bijak, teliti dan penuh berhati-hati. Ia juga tidak akan berjaya tanpa sifat pengorbanan untuk keluar dari tanah air sendiri semata-mata untuk memperjuangkan atas nama Islam.

    Hijrah juga akan gagal sekiranya umat Islam tidak bersatu padu, sentiasa bertelagah, mencari kesalahan dan hanya tahu mengkritik sahaja. Maknanya perpecahan hanya mengundang kegagalan dalam apa jua matlamat yang hendak dicapai lebih- lebih lagi melibatkan soal survival ummah.

    Jelas betapa hebatnya hijrah tersebut yang bukan hanya berfokuskan semata-mata menyampaikan dakwah tetapi Baginda s.a.w. berjaya mendirikan daulah (negara) Islam Madinah yang lengkap melalui pakatan murni atau kontrak sosial yang dimeterai dalam Perlembagaan Madinah. Ahli sejarah menganggap ia adalah satu perlembagaan bertulis yang pertama di dunia.

    Daripada hanya sebuah agama kecil akhirnya berkembang menjadi agama terbesar dunia. Daripada kelompok minoriti yang lemah menjadi majoriti yang perkasa dalam pelbagai bidang. Daripada umat yang lemah dan dihina beranjak kepada umat terbilang yang penuh penciptaan ketamadunan. Daripada bangsa yang jahil dan zalim menjadi bangsa berilmu dan beradab. Itulah hasil perubahan yang tercetus hanya kerana hijrah.

    Strategi dan pelan tindakan hijrah berkait rapat dengan bukti yang menunjukkan betapa lemahnya usaha manusia untuk menghancurkan Islam. Ini dapat dibuktikan dengan dalil daripada firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan ketika kaum kafir merancang untuk memenjarakan engkau, membunuh engkau atau mengusir engkau – mereka merancang dan Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang.” (Al-Anfaal:30)

    Keyakinan

    Ayat tersebut antara lain menjadi kata perangsang kepada Nabi s.a.w. dan umat Islam agar tidak takut dengan ancaman orang kafir kerana Allah s.w.t. mengatasi segala perlakuan mereka. Namun begitu asas pertolongan Allah bukan diberikan dengan percuma, tanpa usaha dan ikhtiar yang bijak tetapi disertai dengan tahap keimanan dan keyakinan kepada Allah s.w.t. yang cukup hebat.

    Ketika umat Islam dilanda dengan pelbagai konflik dari sudut politik tanah air dan cengkaman kemiskinan yang sangat ganas, kita memerlukan satu anjakan untuk turut serta berhijrah dalam konteks pemikiran masa kini. Jangan hanya sekadar retorik dan berbangga dengan pencapaian keunggulan Islam pada zaman lampau. Malah kita harus bertanya apakah kita sekarang benar-benar dapat memastikan keunggulan Islam dinikmati untuk generasi akan datang dengan pencapaian kita selama ini?

    Hijrah bukanlah bermakna kita menjadi pelarian atau orang buangan dalam konteks hari ini. Skeptikal dan salah tanggapan itu sangat menyimpang daripada kehebatan hijrah itu sendiri. Dalam dunia kejahilan kaum kafir yang bersandarkan ideologi manusia semata-mata, kita menolak dakwaan bahawa umat Islam sentiasa mencari arah perlindungan kuasa besar yang lain atau menjadi pelarian ke negara-negara lain semata-mata untuk menyelamatkan diri.

    Kita tidak mengiktiraf pakatan jahat kafir Quraisy yang beria-ia hendak memburu dan menamatkan riwayat Nabi Muhammad s.a.w. ini kerana ia sangat bertentang dengan kebebasan hak asasi manusia yang tidak boleh dibunuh tanpa melalui sistem perundangan yang sah. Ia juga melambangkan betapa era kejahilan sangat berkuasa pada zaman dahulu yang menghuru-harakan sistem sosial manusia kerana tidak mempunyai panduan daripada wahyu.

    Nabi Muhammad s.a.w. tidak berdiam diri dan hanya menyerahkan kepada takdir semata-mata tanpa melakukan urusan dakwahnya dengan menggunakan metodologi yang sangat efektif.

    Apa pula strategi kita untuk terus menghadapi cabaran hari ini yang jauh lebih kompleks. Sering kali terpapar di dalam media bagaimana tragisnya kehidupan ummah yang penuh dengan kesengsaraan, kemiskinan, kedangkalan ilmu, kelemahan pencapaian ekonomi dan lebih menakutkan ialah peperangan saudara yang melahirkan lebih ramai pelarian.

    Di samping memastikan aspek keselamatan dan keamanan negara-negara yang didiami oleh umat Islam, kita harus meletakkan visi dan misi yang sarat dengan kebijaksanaan agar tidak kecundang di pertengahan jalan. Ia sangat menuntut kepada perpaduan dan menjauhi pertelingkahan, tuduhan melulu dan membuang perasaan iri hati sesama kita semua.

    Gantikanlah dengan semangat muhibah, toleransi, keazaman murni dan perilaku yang terbaik melambangkan keunggulan jati diri umat Islam melalui pelbagai bidang seperti pendidikan, penerokaan sains, kepesatan ekonomi negara dan kestabilan politik. Pastinya angka ini semakin bertambah dari semasa ke semasa hasil daripada usaha- usaha ke arah memartabatkan umat Islam dalam pelbagai lapangan kehidupan.

    Semoga mulai saat ini berazamlah kita semua agar tiada lagi masalah yang melanda umat Islam. Tiada lagi label keganasan yang dikaitkan dengan umat Islam, tiada kemiskinan yang menghambat negara-negara Islam, tiada lagi kepincangan sosial yang negatif, tiada lagi kedengaran semboyan peperangan.

    wallahu'alam....thnks for view n read...jazakallah...

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 on Sun 27 Dec 2009, 3:09 pm

    15 tanda kematian mulia

    KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana kehilangan seorang insan seni yang hebat.

    Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita.

    Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa MJ tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut.

    Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam 'husnul khatimah' ataupun 'su'ul khatimah.'

    Katanya, kematian MJ masih lagi menjadi teka-teki. Mati ketika yang tiada bekalan dan persediaan adalah amat menakutkan.

    Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?

    Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

    1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

    2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

    3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

    "Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

    4. Mati syahid di dalam medan perang.

    5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

    Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

    Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

    Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."

    Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"

    Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

    6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

    Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

    7. Mati kerana tenggelam.

    8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

    Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

    9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

    10. Mati terbakar.

    11. Mati kerana penyakit busung perut.

    Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

    12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

    Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)

    13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

    14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

    15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."

    16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.


    wallahu'alam...thnks for view n read...semoga Allah memberkati kt semua....=)

    Zul.Caffan.Su-47
    MRC VVIP
    MRC VVIP

    Posts : 1859
    Reputation : 3
    Join date : 29/06/2009
    Age : -7680

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Zul.Caffan.Su-47 on Mon 28 Dec 2009, 8:55 am

    terima kasih atas peringatan ni ustaz...


    _________________
    BRT-MDS-PWK-CMS-FAITO-YAMAHA THAI-TKR-RB-BATLAX-SOYCO-SSS-UMA RACING-X1R-RIMULAR3X-JTX-RACING BEE-KOSO-DEFI-CAP AYAM




    ghetto
    Moderator Sembang Kosong -> Rider Kelajuan Kilat
    Moderator Sembang Kosong -> Rider Kelajuan Kilat

    Posts : 2129
    Reputation : 1
    Join date : 01/07/2009
    Location : taMan Melati - Teluk Mak Intan

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by ghetto on Mon 04 Jan 2010, 6:34 am

    menambahkan lagi ilmu agama dalam dada..thanks ustz

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 on Mon 04 Jan 2010, 10:04 am

    Rahsia diwajibkan solat

    SOLAT adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas orang Islam setiap hari. Umat Islam dituntut melakukan ibadat itu menurut sebagaimana diperintahkan Rasulullah s.a.w, dari takbir, bacaan, perbuatan hingga ke akhir salamnya dengan penuh takwa.
    Orang yang mendirikan solat adalah orang yang beriman. Orang yang beriman mesti mendirikan solat. "Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat." (Ibrahim:31)

    Dalam al-Quran, dilaporkan ada lebih 25 tempat ayat "aqama" yang merujuk kepada makna perintah mendirikan solat dan lebih 70 kali perkataan "as-solah" atau solat diulang dan disebut dalam al-Quran.

    Antaranya, firman yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.

    "Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (an-Nisa':103)

    Setiap individu Muslim dan Muslimah mesti mengerjakan solat. Malah, bagi ketua keluarga seharusnya memerintahkan ahli keluarganya melakukan solat. Ibu bapa pula wajib mengajar dan membimbing anak melakukan ibadat itu, seawal usia tujuh tahun.

    Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Allah kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, keberkatan dan rahsia yang terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya.

    1. Solat akan menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan menghampiri diri dengan-Nya, sekali gus menjadikan kehidupan seseorang itu sentiasa berhubungan dengan Tuhannya.

    "Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku." (Toha:14)

    2. Solat adalah tanda kesyukuran. Muslim atau Muslimah yang mengerjakan solat adalah mereka yang tahu bersyukur sebenarnya. Mereka bersyukur atas segala nikmat dan rahmat tidak terhingga yang Allah kurniakan dengan melakukan ibadat kepada-Nya.

    3. Ibadat solat menghapuskan dosa. Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan solat lima kali sehari dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana satu hadis bermaksud:

    "Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)

    4. Solat juga dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ibadat solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukunnya boleh mencegah si pelakunya dari melakukan maksiat dan kemungkaran.

    "Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (al-Ankabut:45)

    5. Solat dapat memberi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup. Kita boleh lihat kehidupan orang yang memelihara solat dan orang yang tidak mengerjakan solat, jauh berbeza bukan!

    "Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (al-Mukminun: 1-2)

    6. Solat dapat mententeramkan jiwa. Orang yang melakukan solat secara sempurna dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah dapat mengawal segala tekanan sekali gus menjadikan kehidupannya lebih ceria.

    Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan dan rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang jiwanya.

    "Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) loba mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka." (al-Ma'arij:19-23)

    Rasulullah s.a.w ketika berhadapan masalah akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi baginda adalah amalan penyejuk hati.

    Kelebihan ini sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita umat Islam untuk lebih tekun mengerjakan solat, malah mereka yang selama ini tidak mengenali ibadat itu tertarik untuk turut sama melakukannya.

    wallahu'alam...thnks for view n read.....

    AwEk$ S@kti
    Moderator
    Moderator

    Posts : 1252
    Reputation : 4
    Join date : 30/06/2009
    Age : 31
    Location : suka Hati akulah.....

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by AwEk$ S@kti on Wed 13 Jan 2010, 10:33 am

    Sahabat2 boleh menegur sekiranya terdapat kesilapan fakta yg tertera di bawah. TQ

    1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS

    2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS

    3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS

    4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS

    5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS

    6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

    7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW

    8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA

    9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA

    10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

    11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA

    12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

    13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA

    14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

    15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

    16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

    17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

    18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA

    19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

    20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA

    21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

    22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH

    23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA

    24.. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA

    25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : H arun Ar-Rasyid RH

    26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

    27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA

    28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

    29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA

    30. Orang yang pertama masuk Syurga : Nabi Muhammad SAW


    _________________
    Dear Friends

    Most of us no longer active in forum..
    we now using Facebook group..
    come and join us at MRC & RMC group at Facebook..

    see you..

    Kepada rakan-rakan yang terhormat

    Kebanyakkan kami tidak lagik menggunakan forum untuk berkomunikasi..
    kami banyak berkomunikasi di Group FB.
    so jumpa di sana...

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 on Mon 18 Jan 2010, 6:26 pm

    Larangan Kristian Guna Nama Allah

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah. Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut. Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal".

    Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja. Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

    Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'. Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini

    SUDUT HUKUM

    Berikut di atas tadi adalah petikan berita Malaysiakini bertarikh 31 Disember 2009.

    Isu ini turut menjadi hangat khususnya apabila terdapat beberapa pandangan diberikan oleh kumpulan ilmuan. Kumpulan pertama yang tidak membenarkan dengan pelbagai hujjah dan nas, demikian juga kumpulan kedua. Secara asasnya, ini adalah isu cabang dalam bab aqidah yang tidak sama sekali menjatuhkan seseorang dalam kekafiran, perbezaaan pendapat dan ijtihad adalah dibenarkan dalam hal ini.

    Dalil-dalil yang diutarakan oleh kedua-dua kumpulan, masih terdiri dari dalalah yang zhonniah, hasil takwilan dan tafsiran. Hanya yang tidak memahami ilmu Usul Fiqh sahaja akan merasakan ia tergolong dalam hal usul yang jatuh kufur bagi yang berbeza. Juga tiada wajar bagi menuduh secara rambang bahawa sesiapa yang membenarkan tergolong dalam kategori Islam liberal, mungkin sebahagiannya benar ingin menyamaratakan semua agama, namun tidak semuanya membenarkan dengan niat sedemikian.

    Setelah melakukan penilaian terhadap pelbagai hujjah dan pandangan silam dan kontemporari. Secara asasnya, saya lebih cenderung kepada pendapat yang MENGHARUSKAN penganut Kristian untuk menggunakan nama Allah swt. Antara nas yang paling jelas adalah :

    Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88).

    Ini hanya satu dalil sahaja, memang boleh diperdebatkan dengan pelbagai sisi pandang SEPERTI mentafsirkan Allah dalam ayat itu bukan sebagai ‘ALLAH' dalam konteks yang dikhususkan oleh Islam yang terkandung di dalam surah al-Ikhlas, tetapi adalah tuhan pencipta secara umum.

    Namun di dalam kaedah dalam fiqh, memerlukan kepada dalil lain jika takwilan sedemikian ingin dilakukan. Khususnya masyarakat Jahiliyyah sudah sedia maklum berkenaan agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s, dan Allah telah difahami merujuk kepada siapa.

    Cukuplah, saya tidak ingin menghurai panjang dan berbahas dalam hal ini, hakikatnya banyak lagi nas dan dalil lain yang menyokong kepada keadaan membolehkan tersebut. Menurut penilaian dan pengamatan saya, pandangan membolehkan adalah terlebih kuat daripada hujjah kumpulan yang menolak.

    Saya juga kurang bersetuju untuk dipisahkan nama Allah kepada pengertian lughah (dari sudut bahasa secara literal kononnya merujuk kepada tuhan umum), dan Allah secara istilah yang merujuk kepada Allah yang disebut di dalam surah al-Ikhlas.

    Satu lagi, perlu diingat, sama ada nama Allah digunakan di dalam Bible atau tidak, itu tidak sama sekali penting untuk kita, kerana Bible bukan rujukan kita tetapi Al-Quran. Oleh itu, merujuk kepada bible dalam mencari pendirian dalam hal ini adalah salah sama ada secara sedar atau tidak sedar. Umat Islam hanya merujuk Al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi menurut keyakinan Islam, bible yang wujud hari ini bukanlah sama sepenuhnya dengan injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as beribu tahun dahulu.

    TETAPI ..

    Namun demikian, itu adalah dalam konteks penelitian dalil dan nas, atau konteks ilmiah. Dalam konteks kesesuaian dan Siyasah Syari'yyah khususnya bagi mengelakkan salah guna dan kekeliruan khususnya di Malaysia, saya cenderung untuk BERSETUJU LARANGAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan atau Kementerian Dalam Negeri (KDN)

    Selain itu, saya juga tidak setuju istilah lain seperti solat, kaabah, masjid digunakan oleh pihak selain Islam untuk ibadat dalam agama mereka.

    Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin sahaja berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini.

    Justeru itu, penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan. Di dalam hukum Islam, kerajaan berhak memutuskan hukuman di dalam konteks menghalang mudarat yang dijangkakan.

    Dalam konteks Malaysia menurut perkiraan saya, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian amat dibimbangi boleh mencetuskan ketegangan antara penganut agama seterusnya boleh membawa pergaduhan yang serius jika gagal dikawal.

    Lebih lagi, apabila mengenang keadaan umat Islam yang ada hari ini terlalu amat lemah. Keadaan missionary bukan Islam yang amat galak untuk menggunakannya dengan tujuan-tujuan tertentu serta kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam yang diyakini akan menyalahgunakan nama Allah dalam tulisan mereka secara berleluasa sehingga membawa kekeliruan bagi penganut Islam. Jika dilakukan kajian teliti terhadap hal mudarat ini, elok benar tindakan KDN untuk melarang.

    Sekali lagi perlu diingatkan, perlu diperbezakan keputusan hukum dan siyasah syar'iyyah. Sekuat manapun hujjah untuk membenarkan kristian menggunakan nama Allah, namun hujjah dari sudut mudarat dan kesesuaian konteks di Malaysia, larangan amat patut dilakukan, sama ada untuk tempoh tertentu atau berterusan atau mungkin boleh dibenarkan tetapi dengan syarat-syarat tertentu seperti semua bahan cetak yang ingin diedarkan itu perlu mendapat kelulusan KDN bagi setaip keluarannya dan juga dilaksanakan sekatan pengedaran secara terbuka (hanya terhad kepada penganut Kristian). Ini penting bagi menghindarkan mudarat yang boleh menimpa orang awam Islam yang sedang lemah, dan ruang konflik antara agama yang amat mudah ternyala api pergaduhan.


    Satu lagi fakta yang perlu difikirkan adalah, mengapa gereja-gereja di Eropah termasuk UK dan Vatican City di Itali TIDAK MENGGUNAKAN kalimah Allah untuk God, malah negera-negara majoriti Kristian juga tidak pernah sibuk ingin menggunakan nama Allah ini. Malah dalam filem-filem bercorak agama terbitan Hollywood, pihak Kristian tidak pernah diskrip menggunakan kalimah Allah bila menyeru tuhan, mereka hanya gunakan God atau Lord sahaja. Ini kerana itulah yang terpakai di sisi Kristian seluruh dunia sebenarnya.

    Cuma kita sedar kumpulan ini hanya memperjuangkan penggunaan kalimah ini di negara-negara majoriti umat Islam seperti Mesir, Indonesia, beberapa negara arab dan kini Malaysia. Tahukah anda apa sebabnya berlaku demikian?
    . Fikirkan... diharap kita semua sedar strategi di sebaliknya.

    Kesimpulannya, secara peribadi saya berharap agar rayuan keputusan yang akan dilakukan oleh KDN Berjaya mencapai keputusan sebaiknya.

    sumber petikan dari ustaz zaharuddin
    www.zaharuddin. net

    wallahu'alam...thnks for view n read..jazakallah... Smile

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 on Mon 25 Jan 2010, 9:21 pm

    NAMA ALLAH DI PERJUANGKAN, SYARIAT ALLAH DI PINGGIRKAN

    Salam ukhwah fillah sahabat2.....mengenai Penggunaan kalimah Allah ini telah pun wujud sebelum zaman Rasulullah SAW diutus lagi. Di Mekah sendiri ketika itu, orang-orang kafir Quraisy sudah pun menggunakan nama Allah di dalam kehidupan seharian mereka, baik semasa beribadat mahupun dalam sumpah mereka.Namun demikian, terdapat keadaan di mana Allah sendiri yang mengecam dan melaknat golongan kafir ini apabila mereka telah menyalahgunakan dan meletakkan Allah di tempat yang salah.

    Sahabat sekalian dalam isu kalimah Allah kini, kita merasakan bahawa puak kristian ingin memperdaya kita, mereka mencabar kita seluruh umat Islam di Malaysia dengan membawa kes kalimah Allah ini ke mahkamah kuffur dan menang!

    Tetapi sedarlah bahawa itulah juga yang sedang dilakukan oleh kita sendiri dengan menyokong idelogi sekular yang di bawa pemerintah yang ada sekarang.Bila timbul isu sebegini contohnya, para pemerintah cuba berlagak sebagai penyelamat. Dengan memperjuangkan nama Allah, mereka menunjukkan seolah-olah merekalah golongan yang memperjuangkan Islam. Begitu juga segelintir umat Islam, sama ada mereka adalah talibarut sistem sekular atau mereka yang ikhlas namun terkeliru di dalam perjuangan, terus bangkit dan berdemonstrasi menyuarakan kemarahan terhadap penggunaan nama Allah.

    Sungguh malang apabila hal ini terjadi di mana ‘nama’ Allah mereka perjuangkan, namun ‘hukum’ Allah mereka bakul sampahkan.

    Kt sebagai umat islam sendiri dapat berfikir dan menentukan mana yang lebih diutamakan dan lebih baik...
    jd, terpulanglah pd diri masing2 utk menentukan perjuangan islam kt kearah mana, terpulanglah masing2 utk berfikir mana yang lebih baik utk disokong dan diperjuangkan.....wallahu'alam...

    Thnks for read n view...jazakallah...

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 on Sun 31 Jan 2010, 10:41 pm

    Seringan-ringan Azab Di Neraka

    Hadis :
    Dari Ibnu Abbas r.a katanya: Raulullah SAW bersabda:"Seringan-ringan azab penduduk neraka ialah azab yang dideritai oleh Abu Talib. Dia memakai sepasang terompah yang membuatkan otaknya menggelegak." (Muslim)

    Huraian :
    1. Selama sembilan tahun selepas perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah SWT, Nabi Muhammad SAW telah menjalankan dakwah di kalangan kaumnya sendiri di sekitar kota Mekah. Segelintir manusia sahaja yang telah memeluk agama Islam manakala yang lainnya mencuba dengan sedaya upaya untuk mengganggu dan menghalang baginda.

    2. ABU TALIB merupakan seorang yang baik budi pekertinya, jujur dan mempunyai kesabaran yang tidak ada bandingannya bila menemui atau menghadapi sesuatu kesulitan atau cabaran hidup. Beliaulah yang memelihara nabi setelah kematian datuknya Abdul Muttalib. Baginda selalu dilindungi oleh bapa saudaranya ini daripada ancaman musuh dakwah baginda. Namun begitu di saat akhir kematiannya, Abu Talib tidak memeluk agama Islam.

    3. Dalam sebuah hadith riwayat Muslim dikatakan bahawa ketika Abu Talib, bapa saudara Rasulullah SAW dalam keadaan tenat, Rasulullah menghampirinya sedangkan ketika itu ada Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umayah, Rasulullah mengajak Abu Talib mengucapkan "laailaah illallaah", namun Abu Jahal dan Abdullah memujuknya agar tetap mengikuti agama Abdul Muttalib. Demikian seterusnya berlaku hingga Abu Talib meninggal dunia tidak dalam keadaan beriman, lalu Rasulullah bersabda "Demi Allah aku akan meminta ampunan daripada Allah (untuknya) selagi tidak dilarang, lalu turunlah ayat surah Taubah:113-114 yangmaksudnya "Tiadalah sepatutnya bagi Nabi Muhammad dan orang-orang yang beriman meminta ampun kepada Allah bagi orang-orang musyrik, walaupun mereka itu adalah kaum kerabatnya, setelah jelas bagi mereka, bahawa orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka Jahannam. Dan keampunan yang dipohon oleh Ibrahim untuk bapanya, tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya. Tatkala jelas bagi Ibrahim bahawa bapanya itu adalah musuh Allah maka Ibrahim berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun."

    4. Mendo'akan orang kafir yang masih hidup hukumnya harus, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah ketika berhadapan dengan perlakuan buruk dari kaumnya yang musyrik, doa baginda:"Ya Allah tunjukkanlah kaumku kerana mereka tidak mengetahui" dan Rasulullah juga pernah berdoa agar Umar memeluk Islam hingga akhirnya dikabulkan oleh Allah. Namun begitu mendoakan orang kafir yang telah meninggal dan diketahui ia meninggal dalam keadaan kafir, hukumya haram seperti yang dijelaskan dalam ayat di atas.

    Thnks for read n view...jazakallah... Very Happy

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 on Mon 01 Feb 2010, 11:50 am

    Topik sempena pilihanraya x kiralah universiti, negara, negeri, mana2 pun.....

    Rasulullah berpolitik kembangkan Islam

    JIKA sebelum ini jarang orang berminat bercakap mengenai politik, melainkan golongan yang terbabit secara langsung dengannya, keadaan adalah sebaliknya, malah remaja juga berminat mengetahui senarionya.

    Di rumah bersama seisi keluarga, minum bersama teman di warung atau restoran, mengisi masa terluang di pejabat, malah di jalanan, topik perbualan mengenai politik tidak ditinggalkan, khususnya menjelang Pilihan Raya di kampus2 universiti, ataupun dinegara kt sendiri sekalipun.

    Sering juga diperkatakan bahawa politik itu kotor. Tetapi, hakikatnya orang yang terbabit dengan politik yang melakukan onak sehingga dikatakan kotor.

    Penyalahgunaan kuasa, politik wang, maki hamun, skandal seks dan mcm2 lg menyebabkan politik dipalit kekotoran.

    Tetapi, bagaimana Islam melihat politik dan pilihan raya itu sendiri. Nabi Muhammad s.a.w ketika mengembangkan Islam turut menggunakan politik.

    Kamus Dewan Edisi Tiga, "politik" bermaksud ilmu cara pemerintahan, ilmu siasah dan ilmu kenegaraan; kedua, segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain dan ketiga, kelicikan, muslihat atau tipu muslihat.

    Takrifan itu membuktikan makna politik amat luas, bukan saja merujuk kepada pengetahuan dan kebijaksanaan mentadbir negara, malah membawa maksud tipu muslihat.

    Jadi, tidak hairan ada pihak menggunakan muslihat tersendiri untuk mendapatkan pengaruh dan gelaran yang diidamkan, kerana politik itu sendiri dari satu sudut dikatakan muslihat.

    Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, berkata politik ialah keupayaan manusia mengurus sesuatu, mengikut disiplin ditetapkan.

    Beliau berkata, manusia sudah lama berpolitik malah di kalangan nabi termasuk Rasulullah s.a.w, baginda turut berpolitik.

    "Nabi Muhammad s.a.w dari muda mempunyai kebijaksanaan termasuk berniaga sehingga Khadijah tertarik padanya, manakala Nabi Nuh a.s ada kepandaian mengemudikan bahtera.

    "Nabi Yusuf pernah dilantik menteri dan Nabi Musa pernah berdoa supaya saudaranya, Nabi Harun menjadi pembantunya dalam gerak kerja dakwah," katanya.

    Beliau turut mengungkap nas dari surah Thahaa, ayat 29, bermaksud: "Dan, jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku."

    Dalam Islam, urusan membabitkan pelantikan pemimpin bukan perkara sampingan atau main-main, malah ia menjadi topik khusus dalam pewarisan Nabi Muhammad s.a.w bagi memastikan agama dan politik dunia terpelihara.

    Justeru itu, katanya, menjadi kewajipan bagi umat Islam melantik pemimpin bagi memastikan Islam dan umatnya terbela dan apabila dilantik mesti ditaati.

    "Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan rasul dan kepada ulil-amri (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." (an-Nisa: 59)

    Zamihan berkata, Nabi Muhammad s.a.w sudah menggambarkan ada pemerintah yang memerintah dengan baik dan pemerintah yang buruk.

    "Apabila pemerintah baik, Nabi kata kamu kena dengar dan apabila pemerintah yang buruk, disuruh kita menghindarinya. Itulah juga dinamakan politik," katanya.

    Beliau berkata, kewajipan umat Islam ke atas pelantikan pemerintah adalah fardu kifayah seperti jihad dan menuntut ilmu.

    "Tidak salah menggunakan sistem demokrasi walaupun asalnya dari barat, sebab ada kebaikannya.

    "Walaupun ada yang kata tiada demokrasi dalam Islam, tetapi Islam tidak menafikan manfaat demokrasi.

    "Malah, sistem pilihan raya seperti sekarang ini juga tidak mengongkong syariat Islam daripada terlaksana.

    "Hari ini kerajaan melaksanakan pelbagai sistem Islam, seperti ekonomi Islam dan pendidikan Islam. Itu semua lanjutan sistem demokrasi.

    "Jika ada yang mengatakan kena ketepikan pilihan raya dan kembali kepada sistem syura seperti zaman awal Islam, masalahnya kini tiada sistem khalifah. Bagaimana mahu kembali kepada cara itu, sebab sistem khalifah itu sendiri tidak ada.

    "Kita tidak mampu kembali kepada sistem itu, tetapi kita kena ada cita-cita ke arah itu dan oleh kerana demokrasi menjadi latar belakang pemerintahan sistem negara, jadi tidaklah mengapa untuk menjadikannya wahana dalam pemerintahan dan orang Islam diberikan hak memilih.

    "Walaupun dalam Islam tidak dinyatakan secara khusus penegasan membuang undi untuk memilih pemimpin, masih ada nas mengenai prinsip asas dalam surah al-Maidah supaya bantu membantu hal kebajikan dan bertaqwa serta melarang daripada melakukan dosa dan pencerobohan.

    "Dalam konteks Malaysia yang dinilai pengundi ialah calon atau ideologi politik. Mengundi asalnya adalah harus, tetapi jika calon yang baik menjadi sunat malah wajib pula, sebaliknya calon jahat hukumnya haram disokong," katanya.

    Beliau juga menjelaskan beberapa kriteria yang sewajarnya tersemat pada diri pemimpin, iaitu orang yang adil mempunyai ilmu mendalam, sempurna pancaindera dan tidak mengalami kecacatan (jika cacat seperti buta mudah ditipu orang), berpandangan terbuka, berwibawa dan berani mengemukakan pendapat, bijak, tegas dan dari keturunan mulia.

    "Tetapi janganlah kerana politik timbul sengketa, sehingga anak berbalah dengan bapa, putus persahabatan dan suami isteri sampai bercerai.

    "Dalam kempen juga kena ada etika, seperti bercakap benar, apabila berjanji ditunaikan, apabila diberikan amanah tidak khianat, apabila berselisih faham tidak melangkaui had, tidak mengadu domba dan menabur fitnah," katanya.

    wallahu'alam bis sawab...
    Thnks for read n view...jazakallah... Very Happy

    Zul.Caffan.Su-47
    MRC VVIP
    MRC VVIP

    Posts : 1859
    Reputation : 3
    Join date : 29/06/2009
    Age : -7680

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Zul.Caffan.Su-47 on Thu 04 Feb 2010, 4:04 am

    faqih86 wrote:NAMA ALLAH DI PERJUANGKAN, SYARIAT ALLAH DI PINGGIRKAN

    Salam ukhwah fillah sahabat2.....mengenai Penggunaan kalimah Allah ini telah pun wujud sebelum zaman Rasulullah SAW diutus lagi. Di Mekah sendiri ketika itu, orang-orang kafir Quraisy sudah pun menggunakan nama Allah di dalam kehidupan seharian mereka, baik semasa beribadat mahupun dalam sumpah mereka.Namun demikian, terdapat keadaan di mana Allah sendiri yang mengecam dan melaknat golongan kafir ini apabila mereka telah menyalahgunakan dan meletakkan Allah di tempat yang salah.

    Sahabat sekalian dalam isu kalimah Allah kini, kita merasakan bahawa puak kristian ingin memperdaya kita, mereka mencabar kita seluruh umat Islam di Malaysia dengan membawa kes kalimah Allah ini ke mahkamah kuffur dan menang!

    Tetapi sedarlah bahawa itulah juga yang sedang dilakukan oleh kita sendiri dengan menyokong idelogi sekular yang di bawa pemerintah yang ada sekarang.Bila timbul isu sebegini contohnya, para pemerintah cuba berlagak sebagai penyelamat. Dengan memperjuangkan nama Allah, mereka menunjukkan seolah-olah merekalah golongan yang memperjuangkan Islam. Begitu juga segelintir umat Islam, sama ada mereka adalah talibarut sistem sekular atau mereka yang ikhlas namun terkeliru di dalam perjuangan, terus bangkit dan berdemonstrasi menyuarakan kemarahan terhadap penggunaan nama Allah.

    Sungguh malang apabila hal ini terjadi di mana ‘nama’ Allah mereka perjuangkan, namun ‘hukum’ Allah mereka bakul sampahkan.

    Kt sebagai umat islam sendiri dapat berfikir dan menentukan mana yang lebih diutamakan dan lebih baik...
    jd, terpulanglah pd diri masing2 utk menentukan perjuangan islam kt kearah mana, terpulanglah masing2 utk berfikir mana yang lebih baik utk disokong dan diperjuangkan.....wallahu'alam...

    Thnks for read n view...jazakallah...


    yang menjadi masalah nye uztaz faqih... rakyat jelata telah dikelabukan minda mengatakan org ni slah org ni salah oleh media yang diterajui oleh kerajaan... semua org selain kerajaan yg berpolitik adalah tak betul dan salah... sedangkan apabila isu nama allah dipermainkan mereka hanya duduk diam memerhati...
    cuba awak bg komen tentang kepala b*beyy yg diletakkan dia perkarangan masjid... apa yg sepatut nye umat islam lakukan... dan jika di zaman nabi la.. apa yg terjadi kalau isu ni terjadi...


    _________________
    BRT-MDS-PWK-CMS-FAITO-YAMAHA THAI-TKR-RB-BATLAX-SOYCO-SSS-UMA RACING-X1R-RIMULAR3X-JTX-RACING BEE-KOSO-DEFI-CAP AYAM




    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 on Thu 04 Feb 2010, 5:25 pm

    [quote="Zul.Caffan.Su-47"]
    faqih86 wrote:NAMA ALLAH DI PERJUANGKAN, SYARIAT ALLAH DI PINGGIRKAN


    yang menjadi masalah nye uztaz faqih... rakyat jelata telah dikelabukan minda mengatakan org ni slah org ni salah oleh media yang diterajui oleh kerajaan... semua org selain kerajaan yg berpolitik adalah tak betul dan salah... sedangkan apabila isu nama allah dipermainkan mereka hanya duduk diam memerhati...
    cuba awak bg komen tentang kepala b*beyy yg diletakkan dia perkarangan masjid... apa yg sepatut nye umat islam lakukan... dan jika di zaman nabi la.. apa yg terjadi kalau isu ni terjadi...

    Salam en.kapan...
    sy jwb mane yg sy mampu jwb ea...baik, berkaitan dgn kepala b*beyy, sy sebenarnya x ingin mengupas pjg sgt..sbb sy ni insan yg lemah jugak yg hnya mengeluarkan pandangan berpandukan ustaz2 dan juga kitab2.....baik....pertama sekali Saya tidak mahu mengupas siapakah yang melakukan perkara ini, tapi saya ingin mengupas dari sudut memahami cara berfikir orang yang terlibat melakukan perkara ini.

    Orang yang melakukan perkara ini sudah tentu mempunyai doktrin yang kuat untuk dia melakukan perkara ini.

    Ada dua kemungkinan kejadian meletakkan kepala b*beyy hutan di masjid ini.

    1. Dilakukan oleh orang kafir

    2. Dilakukan oleh orang Islam sendiri.

    kenapa sy ckp ada 2 pendapat...baik, bca perbahasan yg sy utarakan...

    Perbahasan pertama ialah jika ia dilakukan oleh orang kafir.

    Jika peristiwa meletakkan kepada b*beyy ini dilakukan oleh orang kafir, maka kita tidak hairan kerana memang orang kafir sikapnya tidak akan senang dengan Islam. Allah swt menyebutkan di dalam al-Quran:-

    Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (surah al-Baqarah ayat 120)

    Allah sendiri mengingatkan kepada kita bahawa orang kafir tidak akan redha dengan kita hinggalah kita mengalah dan mengikut mereka.

    Oleh kerana Allah telah ingatkan, maka, jika kes kepala b*beyy ini dilakukan oleh orang kafir, kita tidak begitu terkejut, memang sikap mereka selalu menunjukkan permusuhan.

    Jadi, untuk apa marahkan mereka, marahkanlah diri yang tidak bersatu hingga boleh diperlakukan demikian, marahkan diri hingga orang kafir boleh memperkotak katikkan kita demikian.

    Dari segi, siyasah syariyyah, jika mereka tertangkap dan terbukti melalui qarinah (sabitan bukti), maka menurut siyasah syariyyah (ilmu politik Islam) orang itu perlulah dihukum. Ia jatuh kepada pemerintah untuk menghukum menurut kebijaksanaannya. Ia perlu dihukum untuk menjaga keharmonian sesebuah masyarakat.

    Dan bagi diri kita pula,sebagai orang islam, kt mestilah tenang, serahkan pada pihak polis dahulu, jika sudah tertangkap, tersedah kpd pemimpin utk mengadili mengikut cara islam...kt sebagai umat islam kenelah bersatu, berdoa kpd Allah.. tingkatkan kesatuan agar Allah letakkan rasa hormat orang kafir pada umat Islam.
    Dan lagi satu, kt jgn terpengaruh dgn provokasi sesetengah pihak kafir yg lain bagi mewujudkan suasana tegang di antara orang Islam dan bukan Islam di negara ini.

    Perbahasan kedua ialah jika ia dilakukan oleh orang Islam sendiri.

    Kita mungkin terfikir, adakah orang Islam yang tergamak melakukan seperti ini? Sebenarnya ada, jika mereka melihat perbuatan itu melalui cara Siyasah Syariyyah.

    Ada dua golongan orang yang cuba berfatwa menurut siyasah syariyyah (ilmu politik Islam).

    1. Golongan pertama ialah golongan yang berfatwa secara keras, boleh buat apa sahaja asalkan umat Islam sedar, boleh buat apa sahaja asalkan kebaikan menyebelah kepada Islam.

    Orang yang berfatwa seperti ini boleh melakukan apa sahaja asalkan ia boleh memberi kebaikan untuk umat Islam atau kebaikan itu untuk sesetengah golongan.

    Mereka boleh buat apa sahaja hingga yang lebih teruk dari meletakkan kepala b*beyy di masjid dan surau. Mereka boleh berfatwa hingga membunuh di atas nama agama jika perlu.

    2. Golongan kedua ialah golongan yang berfatwa secara sederhana, iaitu seseorang itu boleh melakukan apa sahaja asalkan tidak melanggar syarak kerana matlamat tidak menghalalkan cara.

    Golongan kedua ini menolak fatwa golongan pertama. Mereka akan berpegang bahawa walaupun untuk kebaikan Islam, tetapi ia mestilah selaras dengan syarak dengan melihat kepada budaya setempat. Mereka akan mengutamakan menolak keburukan. Mereka akan lebih mengutamakan memelihara kebaikan dari menimbulkan kemudaratan.

    Dalam kes meletakkan kepala b*beyy ini di masjid, jika ia dilakukan oleh orang Islam, sudah tentu mereka adalah dari golongan yang pertama. Fatwa mereka lebih keras dan kurang memerhatikan keadaan sekeliling. Mereka akan bertentangan dengan golongan kedua.

    Secara peribadi, saya memilih pendekatan kedua iaitu matlamat tidak menghalalkan cara. Jika ingin membuat sesuatu untuk kepentingan Islam dan Umatnya, ia mestilah tetap di dalam lingkungan syarak.

    Kita tidak boleh mencemarkan rumah Allah walau apa pun alasannya.

    Saya yakin, ramai ustaz di Malaysia juga mengambil pendekatan kedua di dalam pandangan mereka melalui fatwa Siyasah Syariyyah.

    Jika kes kepala b*beyy ini dilakukan oleh orang kafir, maka mereka perlu dihukum dengan beratnya kerana telah mula berani mencabar umat Islam hingga ke tahap ini,

    Tetapi, jika ia dilakukan oleh orang Islam, ini bermakna, telah ada para ustaz di Malaysia yang mula berfatwa dengan membawa pendekatan pertama.

    Ini memberi petanda, akan banyak lagi fatwa yang keras yang akan dikeluarkan dan akan ada yang mentaatinya.

    Bagi kita orang awam, berhati-hati di dalam berguru, kerana di belakang orang yang hebat, ada guru yang hebat dan di belakang orang yang jahat juga ada guru yang jahat. Ibarat kata pepatah Melayu,

    Berburu ke padang datar dapat rusa belang kaki, berguru kepala ajar ibarat bunga kembang tak jadi....

    wallahu'alam bis sawab...maaf jika x dpt menjwb kesemua soalan yg diutarakan...nnti sy akan tnyakan kpd ustaz2 lain juga...ape2 pun thnks krn bertnya...
    jazakallah...wassalam...

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 on Thu 18 Feb 2010, 7:33 pm

    3 Amalan yang Berkat

    Hadis :
    Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :"Manakah amal yang lebih utama?" Beliau menjawab,:"Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah."
    (Bukhari)

    Huraian :
    Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah S.W.T. Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya. Maka beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya sungguh besar ganjarannya. Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan. Oleh yang demikian, sebagai benteng yang kukuh, manusia mestilah mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan kebajikan adalah orang yang meremehkan pembalasan daripada Allah S.W.T sama ada ia merupakan pembalasan baik atau pembalasan buruk(neraka).

    wallahu'alam bis sawab...
    Thnks for read n view...jazakallah...
    Very Happy

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 on Tue 23 Feb 2010, 11:11 pm

    Hadis : Di Atas Hamparan Sejadah

    Hadis :
    Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat sentiasa berdoa untuk seseorang kamu selama ia berada di tempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas, iaitu mereka memohon dengan berkata: "Ya Tuhan kami! Ampunilah dosanya, ya Tuhan kami! Berilah rahmat kepadanya." Abu Huraiarah r.a

    Huraian :
    Pengajaran Hadith:
    i) Sembahyang (solat) dan tempat solat mempunyai nilai yang sangat besar di sisi Allah S.W.T.

    ii) Orang yang tidak segera meninggalkan tempat ia bersolat selagi ia tidak berhadas dan tidak melakukan perkara yang mendatangkan dosa akan sentiasa didoakan oleh malaikat agar diampuni dosanya dan diberikan rahmat kepadanya.

    iii) Islam menyeru umatnya agar sentiasa menjaga solatnya dan mengerjakannya dengan sempurna kerana hanya mereka yang benar-benar layak sahaja akan mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah S.W.T.

    wallahu'alam bis sawab...
    Thnks for read n view...jazakallah... Very Happy

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 on Sun 07 Mar 2010, 2:48 pm

    Hadis : Elakkan Gambar-gambar Binatang

    Hadis :


    Dari Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah s.a.w melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata Aisyah:"Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah s.a.w kembali bertanya:"Bantal-bantal apakah itu?" Jawab Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah s.a.w:"Pelukis gambar-gambar ini akan disiksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka:"Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda:"Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Muslim)

    wallahu'alam bis sawab...
    Thnks for read n view...jazakallah... Very Happy

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 on Mon 15 Mar 2010, 6:44 pm

    Rahsia diwajibkan solat

    SOLAT adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas orang Islam setiap hari. Umat Islam dituntut melakukan ibadat itu menurut sebagaimana diperintahkan Rasulullah s.a.w, dari takbir, bacaan, perbuatan hingga ke akhir salamnya dengan penuh takwa.
    Orang yang mendirikan solat adalah orang yang beriman. Orang yang beriman mesti mendirikan solat. "Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat." (Ibrahim:31)

    Dalam al-Quran, dilaporkan ada lebih 25 tempat ayat "aqama" yang merujuk kepada makna perintah mendirikan solat dan lebih 70 kali perkataan "as-solah" atau solat diulang dan disebut dalam al-Quran.

    Antaranya, firman yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.

    "Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (an-Nisa':103)

    Setiap individu Muslim dan Muslimah mesti mengerjakan solat. Malah, bagi ketua keluarga seharusnya memerintahkan ahli keluarganya melakukan solat. Ibu bapa pula wajib mengajar dan membimbing anak melakukan ibadat itu, seawal usia tujuh tahun.

    Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, keberkatan dan rahsia yang terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya.

    1. Solat akan menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan menghampiri diri dengan-Nya, sekali gus menjadikan kehidupan seseorang itu sentiasa berhubungan dengan Tuhannya.

    "Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku." (Toha:14)

    2. Solat adalah tanda kesyukuran. Muslim atau Muslimah yang mengerjakan solat adalah mereka yang tahu bersyukur sebenarnya. Mereka bersyukur atas segala nikmat dan rahmat tidak terhingga yang Allah kurniakan dengan melakukan ibadat kepada-Nya.

    3. Ibadat solat menghapuskan dosa. Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan solat lima kali sehari dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana satu hadis bermaksud:

    "Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)

    4. Solat juga dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ibadat solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukunnya boleh mencegah si pelakunya dari melakukan maksiat dan kemungkaran.

    "Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (al-Ankabut:45)

    5. Solat dapat memberi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup. Kita boleh lihat kehidupan orang yang memelihara solat dan orang yang tidak mengerjakan solat, jauh berbeza bukan!

    "Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (al-Mukminun: 1-2)

    6. Solat dapat mententeramkan jiwa. Orang yang melakukan solat secara sempurna dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah dapat mengawal segala tekanan sekali gus menjadikan kehidupannya lebih ceria.

    Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan dan rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang jiwanya.

    "Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) loba mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka." (al-Ma'arij:19-23)

    Rasulullah s.a.w ketika berhadapan masalah akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi baginda adalah amalan penyejuk hati.

    Kelebihan ini sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita umat Islam untuk lebih tekun mengerjakan solat, malah mereka yang selama ini tidak mengenali ibadat itu tertarik untuk turut sama melakukannya.

    wallahu'alam bis sawab...
    Thnks for read n view...jazakallah... Very Happy

    mr star
    Senior MRC
    Senior MRC

    Posts : 850
    Reputation : 3
    Join date : 01/09/2009
    Age : 27
    Location : n9,k.lipis.

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by mr star on Tue 16 Mar 2010, 11:25 am

    nice info..
    Very Happy Very Happy

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 on Sun 04 Apr 2010, 11:30 am

    Hadis :
    Dari Abu Hurairah r.a:"Rasulullah SAW bersabda:"Golongan yang pertama sekali masuk syurga wajahnya adalah seperti bulan purnama. Dan orang yang masuk sesudah itu seperti bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu) tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya." (Bukhari)

    Huraian :
    Kita sekarang dihidupkan oleh Allah di muka bumi dan selepas itu kita akan dikembalikan ke salah satu daripada dua negeri yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka. Allah sudah menyatakan di dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman manis di syurga. Begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya kerana setiap sesuatu itu ada sebab-musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Maka terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak ke syurga atau jejak ke neraka.

    kInOzAwA
    MRC VVIP
    MRC VVIP

    Posts : 1503
    Reputation : 2
    Join date : 29/06/2009
    Age : 37
    Location : Göteborg, Sweden & K. Terengganu

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by kInOzAwA on Thu 08 Apr 2010, 10:42 pm

    bagus soal jawab ya-ustazi faqih. teruskan berdakwah... semoga mendapat pahala yang berlipat ganda dari Allah SWT. amin.

    saya juga bersetuju dgn pendapat ustaz faqih berkaitan perkara tersebut. Saya secara amnya berfahaman sederhana dan mengikuti konsep Wasatiah. Kerana itu adalah yang terbaik dalam menghadapi kehidupan sekarang. Semoga kita bersama-sama dapat menempuh kehidupan yang penuh cabaran sekarang.


    _________________





    AwEk$ S@kti
    Moderator
    Moderator

    Posts : 1252
    Reputation : 4
    Join date : 30/06/2009
    Age : 31
    Location : suka Hati akulah.....

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by AwEk$ S@kti on Tue 13 Apr 2010, 9:17 am

    faqih86 wrote:Hadis : Elakkan Gambar-gambar Binatang

    Hadis :


    Dari Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah s.a.w melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata Aisyah:"Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah s.a.w kembali bertanya:"Bantal-bantal apakah itu?" Jawab Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah s.a.w:"Pelukis gambar-gambar ini akan disiksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka:"Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda:"Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Muslim)

    wallahu'alam bis sawab...
    Thnks for read n view...jazakallah... Very Happy


    kalau gambar cartun kat cadar n tshirt cana lak..??


    _________________
    Dear Friends

    Most of us no longer active in forum..
    we now using Facebook group..
    come and join us at MRC & RMC group at Facebook..

    see you..

    Kepada rakan-rakan yang terhormat

    Kebanyakkan kami tidak lagik menggunakan forum untuk berkomunikasi..
    kami banyak berkomunikasi di Group FB.
    so jumpa di sana...

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 on Tue 13 Apr 2010, 1:33 pm

    AwEk$ S@kti wrote:
    faqih86 wrote:Hadis : Elakkan Gambar-gambar Binatang

    Hadis :


    Dari Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah s.a.w melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata Aisyah:"Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah s.a.w kembali bertanya:"Bantal-bantal apakah itu?" Jawab Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah s.a.w:"Pelukis gambar-gambar ini akan disiksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka:"Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda:"Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Muslim)

    wallahu'alam bis sawab...
    Thnks for read n view...jazakallah... Very Happy


    kalau gambar cartun kat cadar n tshirt cana lak..??


    Salam..menjawb persoalan cik aweks sakti, dari apa yg saya belajar, klau setakat untuk cadar tidak hanya menjadi masalah, klau t-shirt utk budak2 itu tidak menjadi msalah, ttp t-shirt bagi kaum remaja @ dewasa, seboleh2nye elakkan gmbr cartun@cartun yg berbntuk binatang kerana ia tidaklah bersesuaian dan juga jika kt berjalan jauh, jika hendak berhenti solat, adalah tidak dibenarkan sama sekali memakai pakaian yg bergmbr2 kerana blh menggangu makmum yg dibelakang dan tidak beradab...wallahu'alam...

    di sini ada diterangkan sedikit berkaitan gambar2 yg digunakan dalam kehidupan seharian kita:

    Hukum gantung gambar bernyawa
    Oleh : Ustaz Azhar Idrus


    Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud :

    "Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub."

    Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.

    Oleh itu gambar2 makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang dismpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan.

    Ada pun gambar-gambar yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut, penyapu lidi, penapis santan atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding-dinding rumah.

    Wallahua'lam ( Rujukan Kitab Rawa'iul Bayaan Juz 1 )

    Saya ingin bertanya: adakah perkara ini berkaitan dengan akidah umpama kita meletakkan patung di rumah. bagaimana pula dengan meletakkan gambar dalam frame dalam almari hiasan?apakah hukumnya. harap ustaz dapat jelaskan.

    UZAR : Patung benda bernyawa tidak dibenarkan kecuali mainan kanak2.

    gamabr dlam almari, diharuskan jika ia gmabar diri sendiri dan keluarga, manakala gmabar someone else walau seorang ulama, pemimpin parti politik dll tidak dibenarkan.


    -sumebr petikan dari ustaz zaharuddin (UZAR): http://www.zaharuddin.net/content/view/465/95/

    Wallahu'alam ...terima kasih kerana bertanya...=)

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 on Sat 17 Apr 2010, 2:53 pm

    Hadis : Menghina Orang Lain

    Hadis :
    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :" Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat." Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi

    Huraian :
    i) Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

    ii) Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

    wallahu'alam bis sawab...
    Thnks for read n view...jazakallah... Very Happy

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 on Sun 25 Apr 2010, 3:24 pm

    Manusia Yang Dikasihi Dan Dibenci Oleh Nabi S.A.W

    Hadis :

    Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
    "Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya." Para sahabat bertanya lagi, "wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah "ialah orang yang takbur."
    Riwayat at-Tarmizi

    Huraian
    1. Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi oleh Rasulullah dan diberi tempat yang paling dekat dengan baginda di hari kiamat nanti.

    2. Bercakap-cakap kosong atau perkara-perkara yang sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang dilarang oleh agama kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di hari akhirat kelak.

    3. Islam juga melarang umatnya bersifat membangga diri dan memandang rendah serta menghina orang lain tetapi hendaklah bersifat tawaduk dan rendah diri demi menjaga hati dan perasaan orang lain.

    wallahu'alam bis sawab...
    Thnks for read n view...jazakallah... Very Happy

    Zul.Caffan.Su-47
    MRC VVIP
    MRC VVIP

    Posts : 1859
    Reputation : 3
    Join date : 29/06/2009
    Age : -7680

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Zul.Caffan.Su-47 on Mon 26 Apr 2010, 5:21 am

    saya mendapat tahu sebenarnya allah marah jika kita membuat sesuatu yg binatang boleh berkata2 seperti manusia... yakni kartun atau filem2.. adakah ni benar?


    _________________
    BRT-MDS-PWK-CMS-FAITO-YAMAHA THAI-TKR-RB-BATLAX-SOYCO-SSS-UMA RACING-X1R-RIMULAR3X-JTX-RACING BEE-KOSO-DEFI-CAP AYAM




    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 on Mon 26 Apr 2010, 5:56 pm

    Zul.Caffan.Su-47 wrote:saya mendapat tahu sebenarnya allah marah jika kita membuat sesuatu yg binatang boleh berkata2 seperti manusia... yakni kartun atau filem2.. adakah ni benar?

    Salam...yg ni sy x berapa pasti la...nnti sy akan utarakan soalan ini kpd UStaz Rosli Md. Zain(Feqah), atau Ustaz Zaharuddin..atau Ustaz yg pakar dlm hukum hakam agama..Wallahu'alam..

    Sponsored content

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Sponsored content Today at 4:54 am


      Current date/time is Fri 09 Dec 2016, 4:54 am