Komuniti Rider Moped Malaysia

// Selamat Datang Ke Forum MRC (Moped Riders Community) // Selamat Berforum dan berkongsi memberi info permotoran dll yang berilmiah.... Sharing is caring ;-)

Moped Riders Community

.: SELAMAT DATANG KE MRC :.

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Share

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 on Sat 22 Aug 2009, 7:56 am

    BabY S@kti wrote:8. Suntikan ubat pada kulit atau otot atau urat, kecuali cecair-cecair dan suntikan berzat nutrien.

    so shaye tak buleh puasa la ye kamo.
    hurm..
    tp kan..masa shaye buat rawatan kat melaka tu.
    dia kata dari segi perubatan tak pe.

    tu yang shaye kompius tu.
    so kalo kamo da ckp mcm tu shaye macam yakin skit la.

    so tak perlu la shaye puasa ye.

    [mati aku nak ganti]

    Salam ukhwah..rawatan kesihatan tu mmg kene buat time puasa yer?klau lps puasa x bleh?atau lps berbuka ke? hukumnya boleh klau darurat. cuba baca kesimpulan yg sy bg kat bwh skali kat info smlm..jazakallah...

    BabY S@kti
    Junior MRC
    Junior MRC

    Posts : 602
    Reputation : 0
    Join date : 03/07/2009
    Age : 31
    Location : Sarawak

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by BabY S@kti on Sat 22 Aug 2009, 7:59 am

    faqih86 wrote:
    BabY S@kti wrote:8. Suntikan ubat pada kulit atau otot atau urat, kecuali cecair-cecair dan suntikan berzat nutrien.

    so shaye tak buleh puasa la ye kamo.
    hurm..
    tp kan..masa shaye buat rawatan kat melaka tu.
    dia kata dari segi perubatan tak pe.

    tu yang shaye kompius tu.
    so kalo kamo da ckp mcm tu shaye macam yakin skit la.

    so tak perlu la shaye puasa ye.

    [mati aku nak ganti]

    Salam ukhwah..rawatan kesihatan tu mmg kene buat time puasa yer?klau lps puasa x bleh?atau lps berbuka ke? hukumnya boleh klau darurat. cuba baca kesimpulan yg sy bg kat bwh skali kat info smlm..jazakallah...

    suntikan tu memang shaye kn ebuat bulan pose kamo
    sebab selepas buka klinik kerajaan tutup
    so nak tak nak semasa pose shaye ken buat rawatan tu

    so tak payah pose la kan
    hehheheh

    shaye ade satu lagi soklan

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 on Sat 22 Aug 2009, 8:20 am

    ooo...mmg x dpt dielakkan la yer??..mmm...mcm ni, sbnrnya nk tentukan hukum ni, sy tktla,sbb sy x berapa pakar sgt dlm bahagian ni, tp klau lbh baik ditnya kpd ustaz yg lbh memahami hukum2 ni, sebab apa yang sy belajar, hukumnya BOLEH puasa jika disuntik, tetapi dgn syarat, syarat nya adalah:-darurat, kene suntik time tu jugak, klau x dia akan mati atau sakit teruk. yg ke-2, mmg sudah x dpt dielakkan lg, yg ke-3,lbh baik dia berbuka puasa jika perlu utk memakan ubat,tanpa disuntik jika dia x makan ubat dia mati atau sakit, tetapi WAJIB untuk ganti puasa, dan yg last skali HARAM hukumnya seseorang itu suntik hanya untuk kesihatan bg menambah tenaga dan BATAL puasanya,walhal boleh disuntik lepas berbuka atau lps bulan puasa..wallahu'alam...

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 on Sat 22 Aug 2009, 7:50 pm

    MARI MAKSIMUMKAN BONUS RAMADHAN

    Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-

    1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

    2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda :

    " Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770).

    Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).

    Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).

    Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).

    Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.

    3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

    Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as. Hal ini disebut di dalam hadith al-Bukhari.

    4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.

    Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaiaman di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-

    ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع

    Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar,

    Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-

    ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم

    Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)

    5) Memperbanykan doa ketika hampir berbuka

    Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :

    إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد

    Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)

    6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.

    Berdasarkan hadith Nabi SAW :

    لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر

    Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).

    Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita.

    Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).

    7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.

    كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن ‏ ‏حسا ‏ ‏حسوات ‏ ‏من ماء

    Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)

    (Riwayat Abu Daud, 2/2356 : Hadith Hasan).

    Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu

    ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

    " Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"

    Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah ular leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani). Atau doa-doa makan yang biasa.

    9) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda :

    ‏من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

    Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).

    Disebut dalam sebuah hadis lain

    ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة

    Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )

    10) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.

    Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.

    11) Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.

    12) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :

    Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).

    Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

    Sekian dan Ramadhan Kareem..

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Ramadhan Mengajar Erti Perpaduan

    Post by faqih86 on Tue 25 Aug 2009, 1:57 pm

    Assalamualaikum..

    "ya Allah, baikkanlah keberkesanan perbuatan kami dlm segala urusan dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat." Amin..

    RAMADAN mempunyai banyak rahsia tersirat yg perlu dicungkil oleh umat Islam. Dalam melalui bulan penuh keberkatan & kerahmatan ini, kita perlu insaf pelbagai tujuan Allah mensyariatkan puasa kepada umat Islam. Ramadhan mengajar kita utk mengenang nasib saudara2 kita yg tidak bernasib baik/tidak berkemampuan. Sesunguhnya mereka tidak meminta utk dilahirkan sebagai seorng yg tidak berkemampuan. Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lg Maha Mengetahui kenapa Allah menjadikn sesorg itu berkemampuan & seseorg itu tidak berkemampuan. Begitu juga dari segi ilmu kerana Allah memberikan ilmu2 tertentu kepada hamba2nya kerana ini adalah percaturan yg telah ditetapkn Allah swt & semua yg di tetapkan Allah ada hikmahnya.

    Ramadhan mengkehendaki umat Islam menjalani ibadah puasa tujuannya utk menyucikan diri bg meningkatkn keimanan & ketaqwaan kepada Allah di samping Allah nak kita merasa bagaimana keadaan saudara2 kita yg tidak berkemampun yg menahan lapar & dahaga. Di samping itu Allah menganjurkan hamba2Nya supaya bersedekah, menderma, berwakaf atau menolong orang lain sama ada secara individu, membantu organisasi atau membantu pihak yang memerlukan bantuan khususnya dalam bentuk wang, harta benda ataupun perkhidmatan. Amalan ini akan mendapat ganjaran dan rahmat daripada Allah dengan ganjaran yang besar.

    hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi dari Saad bin Abi Waqash, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah sangat banyak pemberiannya, menyukai banyak pemberian, lagi Maha Pemurah, menyukai kemurahan tangan hamba-hamba-Nya.”

    Selain itu,amalan & ibadat yang dituntut & ia telah menjadi amalan Rasulullah sepanjang bulan Ramadan.Sebuah riwayat Bukhari dan Muslim dari ibn Abbas yang bermaksud, “Sesungguhnya Nabi SAW orang yang paling murah tangannya, baginda paling bermurah pada bulan Ramadan, ketika Jibril datang kepada Rasulullah untuk mendengar bacaan Al-Quran Nabi, Rasulullah lebih cepat memberikan sesuatu, melebihi kecepatan angin berhembus, di bulan Ramadan baginda tidak meminta sesuatu tetapi baginda sentiasa memberikan sesuatu kepada orang lain.”

    Hatta Allah juga mengingatkn supaya kita tidak melakukan pembaziran & boros dlm kehidupan. Dewasa ini ramai diantara kita membazir dgn membeli tidak kira barangan mahupun juadah dgn mengikut nafsu semata2.Amalan membazir ini amat dilarang Allah hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara syaitan. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” (Surah al-Isra', ayat 27).

    Apa yg ana lihat, baru beberapa hari berpuasa sudah ada yg melakukan pembaziran, pembelian juadah yg banyak, namun apabila pulang baru menjamah beberapa juadah sudah tak larat utk menjamah yg lain, maka jawabnya juadah yg berlebihan akan berada di dlm tong smpah! namun Alhamdulillah ada juga yg memberikan juadah yg berlebihan & tidak membuangnya. Bukan sahaja juadah malah dari segi persediaan utk menyambut raya aidilfitri juga begitu, belum lg habis ramadhan ada yg telah mengantikan langsir2 baru, sofa baru dll. Walhal perabaot, langsir & sebagainya masih boleh digunakan lg. Bukankah ini membazir?? ana nak tanya kepada semua, langsir mahupun perabot yg diganti adalah sebelum menjelang hari raya bukan? tatkala hampirnya hari raya maka ada saudara2qu yg balik beraya di kampung masing2 & pg syawal kita berada di kampung masing2. Jd soalnya siapa yg merayakn perabot2 baru, langsir & sebagainya di rumah kita?? Hantu ka??maka disini timbul la istilah Hantu Raya merayakn semua itu. (",) asif ya.

    apa yg ana ingin kongsikan hanyalah sebagai peringatan buat ana & saudara2qu di luar sana. Renung2kanlah. Maafkan ana bg yg terasa smoga kita sedar dgn apa yg kita lakukan.. wallahualam..
    Wassalam..

    Chi Kent
    Chief Moderator
    Chief Moderator

    Posts : 3127
    Reputation : 9
    Join date : 02/07/2009
    Age : 30
    Location : Pinggiran Batu Cave,Gombak

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Chi Kent on Thu 27 Aug 2009, 11:04 am

    " AIR SEMBAHYANG "


    1. Ketika berkumur , berniatlah kamu dengan, "Ya
    Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
    Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
    benda-benda yang tak berfaedah.


    2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
    dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
    kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
    Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
    berseri-seri.

    3. Ketika membasuh tangan kanan , berniatlah
    kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
    ku ditangan kanan ku ini".
    Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-
    hisabnya di tangan kanan .

    4. Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu
    dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
    hisab ku di tangan kiri ku ini".
    Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
    hisabnya di tangan kiri .

    5. Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu
    dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
    matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
    Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
    macam matahari sejengkal di atas kepala.

    6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu
    dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
    Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
    mengumpat, memfitnah dll.

    7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu
    dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
    titian Siratul Mustaqqim".
    Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
    dengan pantas sekali.

    8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu
    dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
    masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
    tempat maksiat"
    Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
    tangan Allah.

    Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
    bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
    mempunyai hikmah nya yang tersendiri .

    Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
    wuduk sedemikian rupa?
    Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
    perolehi dalam menghayati Islam?

    Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
    sebagai umat Islam?

    Bersyukurlah dan bertaubat selalu. Hantar e-mail
    ini kepada rakan-rakan yang lain. Ikhlas kerana
    Allah.


    _________________

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

    Post by faqih86 on Thu 27 Aug 2009, 9:51 pm

    Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

    1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

    Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

    2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

    3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

    Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

    Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

    4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

    5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

    6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

    7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

    Cool Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

    9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

    10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

    11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

    12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

    Nabi Muhammad menceritakan :-
    Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

    Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

    13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

    Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

    Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

    Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

    Wallahu'alam..marilah sama2 kt jauhi segala kesilapan yg kt lakukan dalam bulan ramadhan ini...Wassalam...

    kInOzAwA
    MRC VVIP
    MRC VVIP

    Posts : 1503
    Reputation : 2
    Join date : 29/06/2009
    Age : 37
    Location : Göteborg, Sweden & K. Terengganu

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by kInOzAwA on Sat 29 Aug 2009, 9:39 pm

    terima kasih kpd ustaz faqih kerana berkongsi ilmu yang sangat berguna ni.... Smile


    _________________





    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Renungan bersama

    Post by faqih86 on Mon 31 Aug 2009, 5:07 pm

    Salam ukhwah fillah...Pendek ja statement ni..tapi banyak makna dlm diri kita...

    Bila Allah cepat makbulkan Doamu , Maka DIA Menyayangimu ,
    Bila DIA Lambat Makbulkan doamu , Maka DIA Ingin Mengujimu ,
    Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu , Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
    Oleh itu , Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

    Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. .

    Kalau anda tidak mengingatkan sahabat2 anda pesanan ini , bermakna anda sudah mula melupakan kawan-kawan anda.
    Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik , InsyaALLAH...

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Minta Tukar Thread...

    Post by faqih86 on Tue 01 Sep 2009, 9:12 pm

    Salam...ana disini terperasan dan mengambil berat sgt mengenai status thread * PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA yg terletak di bwh sub- sembang Kosong Sesama Ahli MRC, disini ana terpanggil utk meluahkan rsa pandangan ana supaya mengubah thread ini ke bwh Perbincangan Umum, bkn sub ke bwh Sembang Kosong, sbb thread ini perbincangan dan pengisian agama, bkn sembang kosong, ia adalah penting bg kt semua sebgai umat islam utk nasihat dan menimba ilmu ttg agama, bahkan ia menjadi fardhu ain bg semua muslim utk menimba ilmu dlm agama..jd, ana harap sgt2 kpd admin dan moderator supaya letakkan thread ini di bwh "PERBINCANGAN UMUM", Bkn sub-kan lg di bwh sembang kosong sesama ahli..wallahu'alam..

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Ustaz Ismail Kamus: (Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan)

    Post by faqih86 on Wed 02 Sep 2009, 8:33 pm

    Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa….. Renung-renungkanlah ...

    sekadar peringatan buat diri sndiri yg seringkali lupa..



    Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan


    Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati dan dikagumi ialah Dato' Ismail Kamus...tak pernah jemu mendengar ceramah beliau..

    Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:

    1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang
    berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

    2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh) .

    3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung
    dengar…kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb…buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar…rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala…Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2…sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ni, please advise..

    4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah
    disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

    5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratulihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham sahaja... pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri…Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..

    6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin".. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah…ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin" , "Hamdaz-zakirin" dan " Hamdasy-syakirin" . (p/s: huruf z adalah huruf zal).

    7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.

    Ketika sujud...tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

    8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah...

    9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2
    sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..

    10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita...tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan..contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

    11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah, tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar..walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..

    Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai
    menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

    Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak
    dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa….. Renung-renungkanlah ...

    Wallahu'alam bis sowab..

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 on Thu 03 Sep 2009, 12:44 pm

    Syukran n jazakallah kpd admin-KInOzAwA krn memahami situasi keadaan...semoga Allah merahmati kt dan permudahkan urusan kt semua..amin...

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH ORANG YANG BERPUASA

    Post by faqih86 on Sat 05 Sep 2009, 10:56 am

    PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH ORANG YANG BERPUASA

    Sesungguhnya, sesiapa yang taat serta faham dengan Al-Quran dan Sunnah, maka sekali-kali dia tidak akan meragui bahawa Allah menginginkan kemudahan untuk hambanya, bukan kesulitan. Allah telah membolehkan beberapa perkara bagi orang yang berpuasa dan tidaklah merupakan satu kesalahan bagi sesiapa yang melakukannya. Di sini, disenaraikan perkara-perkara tersebut beserta dalil-dalilnya.

    1. Memasuki waktu subuh dalam keadaan berjunub

    - Dari 'Aisyah dan Ummu Salamah :

    Maksudnya : " Sesungguhnya Nabi memasuki waktu subuh dalam berjunub kerana jima' dengan isterinya, kemudian Baginda mandi dan berpuasa ". [HR Al-Bukhari : 1825, Muslim : 1109]


    2. Bersiwak


    - Nabi r bersabda :

    Maksudnya : " Sekiranya tidak memberatkan ummatku, nescaya aku akan memerintahkan mereka bersiwak setiap kali ingin bersolat ". [HR Al-Bukhari : 887, Muslim : 252] Dan ada riwayat " Setiap kali wudhu " [HR Al-Bukhari : 2/682]

    Hadis di atas adalah umum. Oleh itu, diperbolehkan siwak bagi sesiapa yang ingin solat atau berwudhu samada berpuasa atau tidak. Pendapat inilah yang dipilih oleh Imam Al-Bukhari[1] serta Ibnu Khuzaimah[2], Al-Baghawi[3] dan jumhur ahli 'ilm.


    3. Berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung tanpa berlebih-lebihan

    - Rasulullah r sendiri berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berpuasa. Tetapi Baginda melarang orang yang berpuasa berlebih-lebihan dalam melakukan keduanya, sebagaimana sabda Baginda r :

    Maksudnya : " ..berlebih-lebihanl ah dalam memasukkan air ke dalam hidung kecuali ketika kamu berpuasa ". [HR Abu daud : 2366, At-Tirmidzi : 788, Annasai' : 87]


    4. Bermesra dan mencium isteri

    - Dari 'Aisyah, telah berkata :

    Maksudnya : " Sesungguhnya Rasulullah r pernah mencium isterinya dalam keadaan berpuasa, dan bermesra dengan isterinya dalam keadaan berpuasa, akan tetapi Baginda adalah orang paling mampu menahan diri " [HR Al-Bukhari : 1927, Muslim : 1106]

    - Perbuatan ini dimakruhkan bagi pemuda dan diperbolehkan bagi yang sudah tua (yang mampu mengawal nafsunya), sebagaimana diriwayatkan oleh Abdullah bin 'Amr, telah berkata :

    Maksudnya : " Kami pernah berada di sisi Nabi r, datanglah seorang pemuda, lalu berkata : Wahai Rasulullah ! Bolehkah aku mencium dalam keadaan aku berpuasa ? Nabi menjawab : Tidak. Kemudian, datanglah seorang tua, lalu berkata : Bolehkah aku mencium dalam keadaan aku berpuasa ? Nabi menjawab : Ya. Berkata (Abdullah) : Kami melihat sesame sendiri (kehairanan) , Nabi bersabda : Sesungguhnya orang tua lebih mampu menahan dirinya ". [Lihat Silsilah Asshahihah : 1606]


    5. Mengeluarkan darah atau suntikan yang tidak mengandungi makanan.

    - Hal ini tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa. Perkara ini telah disepakati oleh jumhur ulama' al-mu'ashirin, seperti yang telah ditetapkan oleh Majma' Fiqhul Islami.[4]


    6. Berbekam

    Sesungguhnya berbekam merupakan antara perkara yang membatalkan puasa, kemudian hukum ini dinasakhkan, sebagaimana diriwayatkan dari Ibnu Abbas :

    Maksudnya : " Sesungguhnya Nabi r telah berbekam dalam keadaan berpuasa ". [HR Al-Bukhari : 1939]

    7. Merasa makanan

    - Dari Ibnu Abbas, beliau telah berkata :

    Maksudnya : " Tidak mengapa merasai cuka, atau apa-apa makanan selagimana tidak sampai ke kerongkong dalam keadaan berpuasa ". [HR Al-Bukhari ta'liiqan[5], lihat Fathul Bari : 3/154]


    8. Memakai celak, menitiskan air atau ubat yang masuk ke dalam mata


    - Telah berkata Imam Al-Bukhari[6] : "Anas bin Malik, Hasan Al-Basri dan Ibrahim Annakhai' memandang tidak mengapa bercelak bagi orang yang berpuasa "

    - Telah disepakati oleh jumhur ulama' al-mu'ashirin, antaranya Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, dan lain-lain bahawa menitiskan air atau ubat ke dalam mata tidak membatalkan puasa.[7]

    9. Mencucurkan air ke atas kepala serta mandi


    - Diriwayatkan dari Abu Bakr, katanya, telah berkata orang[8] yang meriwayatkan kepada aku :

    Maksudnya : " Aku telah melihat Rasulullah r mencucurkan ke atas kepalanya air dalam keadaan Baginda berpuasa, kerana dahaga atau kepanasan ". [HR Abu Daud : 2365][9]

    - Imam Al-Bukhari di dalam Shahihnya, mengadakan satu bab iaitu : (Bab Mandinya orang yang berpuasa), dan beliau mendatangkan hadis Ibnu Umar :

    Maksudnya : " Ibnu umar telah membasahi bajunya (kerana kehausan) kemudian beliau memakainya dalam keadaan berpuasa ". [HR Al-Bukhari, lihat Fathul Bari : 3/154]

    [1] Lihat Shahih Al-Bukhari : 2/682, dan Fathul Bari : 4/158.

    [2] Lihat Shahih Ibn Khuzaimah : 3/247.

    [3] Lihat Syarh Sunnah : 6/298.

    [4] Lihat Majallah Majma' : 2/464

    [5] Iaitu, tanpa sanad. Tetapi Ibn Hajar telah menyambungkan sanadnya di dalam Taghliiqut Ta'liiq : 3/151-152.

    [6] Lihat Fathul Bari : 4/153

    [7] Lihat Majallah Majma' : 2/378,381,385, 392. Lihat perbahasan yang terperinci di dalam (مفطرات الصيام المعاصرة) oleh Dr. Ahmad

    Muhammad Al-Khalil di laman web : www.saaid.net.

    [8]Abu Bakr tidak menyebutkan nama sahabat yang melihat Rasulullah. Dalam ilmu hadis, perkara sebegini dikenali sebagai (جهالة) ataupun orang yang tidak dikenali. Hadis-hadis yang tidak dikenali perawinya adalah hadis yang dhaif, tetapi sekiranya yang tidak dikenali itu adalah sahabat, seperti hadis di atas, maka ia terkecuali dari hukum dhaif, kerana sahabat Nabi kesemuanya (عدول) dan tidak dipertikaikan kedudukan mereka. Inilah keistimewaan sahabat Rasulullah. Sila lihat perbahasan ringkas tentang (عدالة الصحابة) di dalam Huqbatun Mina Attarikh oleh Uthman bin Muhammad Al-Khumais : mks 157.

    [9] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud oleh Syeikh Al-Albani : 2072.

    Wallahu'alam bis sowab..

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    MAYAT BACA YASIN..

    Post by faqih86 on Sat 05 Sep 2009, 11:02 am

    MAYAT BACA YASIN..

    "Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser....penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia ..Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la.... tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah....

    Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

    Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.

    Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).
    Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam.

    Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah yang membuatkan saya semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah... .
    Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ..... " sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya..

    Wallahu'alam bis sowab..

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Main Mercun menurut pandangan ISLAM.......

    Post by faqih86 on Sun 06 Sep 2009, 7:52 pm

    Main Mercun menurut pandangan ISLAM.......

    Dari pandangan Islam ana kira amat mudah untuk diketahui hukumnya. Semua perkara yang membawa mudarat kepada diri dan orang lain adalah diharamkan di dalam Islam.
    Secara ringkas, antara sebab yang menjatuhkan bermain mercun dalam kategori HARAM adalah :-
    1) Mudarat Kepada Diri

    Firman Allah yang bermaksud: Dan belanjakanlah (harta benda kamu ) di jalan Allah, dan janganlah kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan. (al-Baqarah: 195)

    Dapat difahami bahawa Allah melarang kita melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kecederaan, kemusnahan dan penderitaan. Amat jelas perbuatan bermain mercun sudah tentu boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain.

    Hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas yang bermaksud, “tiada mudarat dan tidak boleh membalas sesuatu kemudaratan dengan mudarat. (Sunan Ibnu Majah)

    Secara ilmiah, hadis tersebut menerangkan kepada kita adalah menjadi kewajipan menolak kemudaratan atau kemusnahan sama ada pada diri sendiri atau orang lain.

    Oleh itu, perbuatan bermain mercun yang boleh mendatangkan kecederaan anggota tubuh adalah dilarang sama sekali. Kebarangkalian mendapat kecelakaan amat besar. Oleh itu, tindakan menjauhi daripada bermain mercun mestilah diutamakan.

    2) Mudarat Orang Lain
    Ia seringkali mengganggu masyarakat awam sekeliling dengan kebisingan bunyinya selain bahaya letupannya. Jelas ia termasuk dalam perkara yang diharamkan. Tahap pengharamannya lebih dahsyat apabila ia dimainkan di tepi-tepi surau dan masjid tatkala ahli jemaah sedang menunaikan solat.

    Demikian juga apabila ia ditujukan ke arah rumah dan individu tertentu dengan niat ingin berseronok-seronok. Ana boleh menggangap ia terdapat persamaan dengan cubaan membunuh, kerana bakaran api itu boleh menyebabkan sebuah rumah terbakar atau seseorang kanak-kanak atau bayi hilang nyawanya.

    Nabi s.a.w bersabda :
    من ضَارَّ أَضَرَّ الله بِهِ وَمَنْ شَاقَّ شَاقَّ الله عليه
    Ertinya : Barangsiapa yang membawa mudarat maka Allah akan memudartkan dirinya sendiri, sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyuasahkannya pula" (Riwayat Abu Daud, no 3635, 3/315; Ahmad, 3/453 ; Tirmidzi : Hasan Gharib ; Syeikh Syuaib, Hasan Bi Syawahidi)

    Ana masih ingat kisah yang disiar oleh akbar tahun lepas, bagaimana mercun masuk dalam buaian seorang bayi.
    Baca juga kisah ini "Dalam pada itu, ibu Mohd. Syafiq, Saripah Ali, 43, berkata, anaknya sedang mengangkat kain di kawasan jemuran asrama kira-kira pukul 6 petang apabila sebiji mercun bola dilemparkan ke arahnya.

    ‘‘Mercun yang dilempar ke arahnya terkena di bahagian bawah mata kiri menyebabkan matanya cedera," katanya".

    3) Pembaziran
    Ia dikira satu pembaziran juga kerana wang yang digunakan dikira dibakar begitu sahaja untuk menikmati letupan yang tiada tentu arahnya.

    Allah s.w.t mengurniakan kita harta untuk dibelajkan sebaiknya dan bukan untuk mengikut hawa nafsu atas alasan kemeriahan lalu membeli pelbagai jenis mercun.

    Islam inginkan kita menjadi orang yang mampu mengurus kewangan dengan bijak di bulan Ramadhan. Malah inginkan kita memperbanyakkan sedeqah terutama di akhir Ramadhan.

    Bukannya membeli mercun yang haram hukumnya.

    Ana kira, tidak perlu dihurai panjang isu ini disebabkan kejelasannya.

    Sebagai kesimpulan, ibu bapa yang membelikan mercun ini tidak terlepas dari dosa pada pandangan Islam. Mereka sepatutnya bersifat tegas dalam hal ini melarang sebarang penglibatan anak-anaknya terutamanya jika mereka terjebak dalam membuat mercun sendiri seperti mercun buluh dan lain-lain. Ia termasuklah juga kpd yg menjual dan bermain mercun, harap dapat menjawab persoalan anta...Wallahu'alam bis sowab...

    **sumber rujukan-http://www.zaharuddin.net/, kitab fiqh syafie, http://mdredho2172.blogspot.com/2008_10_01_archive.html, http://ibnuzain.blogspot.com/2007/10/is ... ercun.html.

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Diantara Amalan Yang Terbaik

    Post by faqih86 on Mon 07 Sep 2009, 12:19 pm

    "Allah S.W.T memberi kita satu lidah tetapi dua Telinga, Supaya kita dua kali lebih banyak MENDENGAR daripada BERBICARA"

    Diantara Amalan Yang Terbaik
    Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash r.a. bahawasanya ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Manakah amalan Islam yang terbaik?" Beliau menjawab: "Iaitu engkau memberikan makanan dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang sudah engkau kenal dan orang yang belum engkau kenal."

    (Muttafaq 'alaih)

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Isu Duit Raya menurut Perspektif Islam

    Post by faqih86 on Tue 08 Sep 2009, 5:07 pm

    Isu Duit Raya menurut Perspektif Islam

    Isu memberikan duit raya kepada kanak-kanak terdapat pro dan kontranya. Bagi ana, hukumnya berubah-ubah mengikut keadaan pemberi dan penerima.

    Perspektif Baik :
    Jika dilihat dari persepktif baik, ia dapat memupuk semangat dan sifat menderma sebagai bukti hasil keberkatan yang diperolehi dari tarbiyah Ramadhan.

    Malah, sebenarnya ia lebih baik jika di berikan sebelum tamatnya Ramadhan, ia bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w dari Ibn Abbas r.a yang menyebut :-
    كان النبي صلى الله عليه وسلم أجود الناس بالخير , وكان أجود ما يكون في رمضان , حين يلقاه جبريل , وكان يلقاه كل ليلة في رمضان حتى ينسلخ , يعرض عليه النبي القران , فإذا لقيه جبريل كان أجود بالخير من الريح المرسلة
    Ertinya : "Adalah Nabi SAW adalah manusia yang paling bagus dan pemurah dengan segala jenis kebaikan, dan Nabi paling pemurah adalah di bulan Ramadhan, dimana ketika bertemu Jibrail yang datang di setiap hari di bulan ramadhan membentangkan (menyemak) al-Quran dari Nabi SAW, apabila ditemui Jibrail maka Nabi akan menjadi paling pemurah dengan kebaikan lebih dari angin yang bertiup" (Riwayat Al-Bukhari)

    Justeru, sekiranya ia dapat diberikan dalam bulan Ramadhan sebagai sedeqah sudah tentu keberkatan pahalanya berlipat kali ganda berbanding memberikannya di bulan syawal.

    Oleh kerana kemungkinan pada hariraya sahaja kebanyakkan kita dapat berkumpul sekeluarga, mungkin kerana itulah akhirnya duit sedeqah kepada ahli keluarga yang eloknya diberikan di akhir Ramadhan itu menjadi ‘duit raya di hari raya'.

    Ana harap masyarakat yang mengamalkannya akan memperbetulkan niat mereka dengan memasang niat ia sebagai sedeqah dari bulan Ramadhan dan bukan sekadar adat hari raya semata-mata.

    Perspektif Negatif
    Ia boleh menjadi amat buruk dan sewajarnya di jauhi apabila : -

    1) Seseorang memberikannya dengan niat ingin menunjuk-nunjuk kekayaannya dengan menayangkan jumlah yang diberinya dan ada pula yang terpaksa berhutang demi memberikan ‘duit raya'. Ini tidaklah di benarkan sama sekali menurut Islam.
    Justeru, perbezaan niat seseorang menentukan samada pemberian duit rayanya menjadi ibadat atau tidak.

    2) Terdapat juga ‘duit raya rasuah' yang mungkin diberikan oleh ahli perniagaan kepada pegawai tertentu bagi mempengaruhi keputusan pegawai itu di kemudian hari. Ia adalah tidak dibenarkan sama sekali di dalam Islam.

    3) Disebutkan juga, duit raya sebegini boleh membawa kesan negatif kepada kanak-kanak yang bersifat materialistik dan mengkritik individu yang tidak memberikan duit raya kepada mereka.
    Ini boleh menjadikan kanak-kanak lebih bersifat rakus dengan harta dunia di setiap kali tiba hari raya. Pandangan ini ada benarnya.

    Walaupun demikian, pada hemat saya faktor sebegini sukar untuk menjadikan seluruh amalan pemberian duit raya sebagai haram. Bagi mengelakkannya dari jatuh kepada haram, si pemberi mestilah mengingatkan penerima agar bersyukur dengan apa jua jumlah yang didermakan dan berhati-hati dengan keseronokan sementara dari fitnah bernama ‘duit' dan ‘wang' ini.

    Jika seseorang itu lebih cenderung kepada pendapat ianya haram. Wajiblah ia untuk menahan diri dari memberikan sebarang duit raya kepada kanak-kanak. Tiada ertinya ia mengatakannya haram, dalam masa yang sama ia sendiri masih memberikannya sewaktu hariraya.
    Justeru, pada hemat saya, pandangan membenarkan dengan syarat-syarat tertentu adalah lebih ringan dan mampu dilaksanakan oleh masyarakat hari ini yang telah membudayakannya sebagai amalan tahunan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah ‘adjust' niat, dan beberapa hal lain agar pemberian itu menjadi sebuah sedeqah yang berguna buat ahli keluarga terdekat, pemberi dan penerima.

    4) Bagi mereka yang amat sensitif isu halal haram, saya kira adalah amat terpuji jika dapat dipastikan sampul duit raya itu bukan dari mana-mana bank dan institusi kewangan konvensional yang haram.

    Ini kerana ia boleh dianggap mempromosikan perbankan Riba yang amat haram. Ia jelas termasuk dalam larangan Allah s.w.t dan Nabi s.a.w dari memberikan bantuan dan promosi kepada perkara yang haram.
    Sebuah hadis menyebut :
    لعَنَ رسولُ اللَّهِ في الخمرِ عشرةً عاصِرَها ومُعتصِرَها وشارِبها وحامِلَها والمحمولَةَ إِليهِ وساقيَها وبائعهَا وآكلَ ثمنِها والمشتَري لها والمشترى لهُ
    Ertinya : Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (Cool yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Ibn majah, 2/1122 ; Tirmidzi, Hadis Gharib ; Albani : Hasan Sohih)

    Keterangan : Walaupun hadith ini menyebut bab arak, tetapi ia merangkumi item haram yang lain berdasarkan kepada kaedah Qiyas dalam Islam. Sebuah Hadith lagi : ertinya
    قال لَعَنَ رسول اللَّهِ آكِلَ الرِّبَا وَمُؤْكِلَهُ قال قلت وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ
    Ertinya : "Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya dan penulisnya" ( Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani : Hasan Sohih )

    Justeru, jika ia berlaku juga, ana bimbang pahala hasil sedeqah duit raya itu pastinya tergugat. Ia sama seperti memberi duit raya menggunakan sampul duit yang tertulis jenama arak. Apa pandangan anda?.


    sumber rujukan:-http://mdredho2172.blogspot.com/2008_10_01_archive.html, http://www.zaharuddin.net/-ustz zaharuddin.

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 on Sun 13 Sep 2009, 5:01 pm

    Berdasarkan Hadith Nabi :

    "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

    Huraian hadith:
    - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada )
    - Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
    - Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
    - Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
    - Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
    Conclusions:
    - Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
    -Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, ilmu dsb nya..)

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Dua kalimah syahadah

    Post by faqih86 on Mon 14 Sep 2009, 6:02 pm

    Dua kalimah syahadah

    Salam...sedikit pengisian, agak kelakar, tp berisi dan amik iktibar dari jalan ceritanya...wallahu'alam..
    Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

    Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

    Dalam gabra itu, dia pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

    Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la.."

    --------
    MORAL:
    Biasakan mengucap dua kalimah syahadah, sekurang-kurangnya ketika solat.

    kInOzAwA
    MRC VVIP
    MRC VVIP

    Posts : 1503
    Reputation : 2
    Join date : 29/06/2009
    Age : 37
    Location : Göteborg, Sweden & K. Terengganu

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by kInOzAwA on Tue 15 Sep 2009, 4:04 am

    terima kasih ya ustaz faqih.. info anda amat berguna sekali di MRC. Very Happy


    _________________





    Zul.Caffan.Su-47
    MRC VVIP
    MRC VVIP

    Posts : 1859
    Reputation : 3
    Join date : 29/06/2009
    Age : -7680

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Zul.Caffan.Su-47 on Wed 16 Sep 2009, 9:09 am

    org suruh mengucap dua kalimah syahadah dia g ckp lain
    hahahahahaahhahaha


    _________________
    BRT-MDS-PWK-CMS-FAITO-YAMAHA THAI-TKR-RB-BATLAX-SOYCO-SSS-UMA RACING-X1R-RIMULAR3X-JTX-RACING BEE-KOSO-DEFI-CAP AYAM




    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Hari Raya Idilfitri : Yang Perlu & Yang Jangan

    Post by faqih86 on Thu 17 Sep 2009, 7:55 pm

    Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati `tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.

    Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini. Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan.

    Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan `peperiksaan' Ramadhannya yang mendapat keputusan `gagal' dan berjaya peroleh doa khas Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan' iman yang lebih dahsyat pada bulan selanjutnya. Nau'zubillah.

    Ahhh.. apa peduli apa !..Kata sebahagian mereka

    Masalah pasti berterusan kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak mempunyai ilmu bagi mengenal pasti perbezaan antara maksiat dan amal soleh, dosa dan pahala. Malah tiada minat langsung untuk mengetahuinya.

    "waste of time!!" katanya lagi.

    Padahal di bulan Ramadhan yang juga digelar bulan Al-Quran, Allah SWT mengarahkan kita merujuk Al-Quran yang fungsinya adalah sebagai Al-Furqan (Pemisah antara yang benar dan yang salah).

    Malang bagi mereka yang masih tidak mahu bernaung dengan petunjuk Al-Quran dan Al-Hadis dalam kehidupan hariannya sejurus selepas Ramadhan ini.
    Ertinya : "Al-quran itu boleh memberi syafaat, barangsiapa yang mengambilnya sebagai pemandu (kehidupannya) nescaya ia akan membawa ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkannya di belakangnya, nescaya ia akan mengheret orang itu ke Neraka" ( Riwayat At-Tabrani, Ibn Hibban, 1/331 ; Ia sukar untuk dianggap sebagai hadis kerana perawinya Al-Rabi' bin Badr yang dinilai Matruk ; Majma Az-Zawaid, 7/164)

    BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?


    Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?.

    Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.

    Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya :
    Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari)

    Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.

    Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :
    Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )

    Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan membina `benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).

    Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan.

    RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA

    Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

    1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

    Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

    2) Menjamah makanan sebelum keluar.

    Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

    3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

    Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

    4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

    Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

    Disebut dalam sebuah riwayat :
    Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

    5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

    Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

    Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

    6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

    Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

    7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

    RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA

    Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

    1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

    2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

    3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

    4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

    5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

    6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

    7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

    Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.

    Selamat Hari Raya Idil Fitri

    "Taqabballahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal"

    sumber rujukan dari Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

    http://www.zaharudd in.net/

    Wasie
    Moderator Bengkel & Modifikasi
    Moderator Bengkel & Modifikasi

    Posts : 731
    Reputation : 6
    Join date : 30/06/2009
    Age : 28
    Location : Gombak - Bangi - Semenyih

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Wasie on Sat 19 Sep 2009, 12:43 pm

    Assalamualaikum...
    Dalam bulan ramdhan nie,
    saye ader dengat ceramah tntang " HUKUM MEMBERI DUIT RAYE MENGIKUT PUASA "
    dikalangan zaman skang, especially budak2x.
    Tapi saye x faham sgt...
    Hope, Us. Faqih dpat trangkan...








    P/S: Sory bro, carb aku x dpat amek, coz bajet lari sal accident...tapi mmber aku suro cari, kalu ader gitau yer...Salam.

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 on Sat 19 Sep 2009, 6:44 pm

    Wasie wrote:Assalamualaikum...
    Dalam bulan ramdhan nie,
    saye ader dengat ceramah tntang " HUKUM MEMBERI DUIT RAYE MENGIKUT PUASA "
    dikalangan zaman skang, especially budak2x.
    Tapi saye x faham sgt...
    Hope, Us. Faqih dpat trangkan...








    P/S: Sory bro, carb aku x dpat amek, coz bajet lari sal accident...tapi mmber aku suro cari, kalu ader gitau yer...Salam.


    Salam en.wasie...yg hukum pasal duit raya tu, rasanya ana dah terangkan kat page atas skali...try tgk balik...

    **psl carb tu dah sold da...huhu

    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC

    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Puasa Qadha' dan puasa enam serentak????

    Post by faqih86 on Mon 28 Sep 2009, 7:46 pm

    Puasa Qadha' dan puasa enam serentak
    NIAT QADHA + PUASA ENAM SYAWAL SERENTAK.


    Soalan: Adakah boleh bagi seseorng mengqadhakan puasa ramadhan dan sekaligus dikira termasuk dlm puasa enam syawwal.

    Jawapan.
    kebanyakan di kalangan ulama' mengharuskan puasa sunnat digabungkan dgn puasa fardhu, tidak sebaliknya. ini sebagaimana dijelaskan oleh Imam Nawawi dalm Al-Minhaj, Jalaluddin Almahalli dlm syarah minhaj. Begitu juga Imam Ramli tlh memfatwakan bahawa ia dibolehkan.Berkata Syeikh Doktor Ali Jum'ah (Mufti Mesir) ; Berdasarkan ini , harus bagi perempuan mengqadhakan puasa ramadhan yg di tinggalkannya di bulan syawwal. dgn itu memadailah ia daripada puasa enam hari di bulan syawwal, dan ia mendapat pahala tersebut (Qadha dan 6 syawal).Tetapi jika kita ingin mengasingkan antara kedua2 puasaa tersebut adalah lebih baik.

    (sila rujuk Al-bayan Dr Ali Jumah Ms 304-305)


    Isu Gabung Sunat & Qadha

    Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

    Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

    Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

    Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

    1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

    2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.

    3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

    Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

    4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

    Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)


    5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

    Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

    6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

    7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

    " Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

    Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

    Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

    Kesimpulan


    Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

    Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

    Wallahu'alam.....

    sumber rujukan:

    http://www.zaharuddin.net/
    http://mdredho2172.blogspot.com

    Sponsored content

    Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Sponsored content Today at 4:53 am


      Current date/time is Fri 09 Dec 2016, 4:53 am