Komuniti Rider Moped Malaysia

// Selamat Datang Ke Forum MRC (Moped Riders Community) // Selamat Berforum dan berkongsi memberi info permotoran dll yang berilmiah.... Sharing is caring ;-)

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Rider Moped Malaysia

// Selamat Datang Ke Forum MRC (Moped Riders Community) // Selamat Berforum dan berkongsi memberi info permotoran dll yang berilmiah.... Sharing is caring ;-)

Komuniti Rider Moped Malaysia

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Moped Riders Community

.: SELAMAT DATANG KE MRC :.

+2
faqih86
kInOzAwA
6 posters

    Soal Jawab Agama

    kInOzAwA
    kInOzAwA
    MRC VVIP
    MRC VVIP


    Posts : 1503
    Reputation : 2
    Join date : 29/06/2009
    Age : 44
    Location : Göteborg, Sweden & K. Terengganu

    Soal Jawab Agama Empty Soal Jawab Agama

    Post by kInOzAwA Wed 02 Sep 2009, 11:51 pm

    Assalamualaikum w.b.t

    Di thread ini forumer boleh bersoal jawab agama dengan orang yang dilantik.

    Wassalam...
    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Soal Jawab Agama Empty Re: Soal Jawab Agama

    Post by faqih86 Thu 03 Sep 2009, 12:46 pm

    Syukran n jazakallah kpd admin-KInOzAwA krn memahami situasi keadaan...semoga Allah merahmati kt dan permudahkan urusan kt semua..amin...
    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Soal Jawab Agama Empty Re: Soal Jawab Agama

    Post by faqih86 Thu 03 Sep 2009, 12:57 pm

    Salam...kps semua sahabat2..jika ada pertanyaan yg ragu2 atau musykil ttg agama, x kisah la dri segi feqah, akidah, tajjwid, cara membaca dan mempelajari Al-Quran dan lain2 lg, bleh bertanyakan kpd ana...insyaAllah ana akan cuba membantu semampu yg boleh berpandukan kitab2 dan ustaz2 yg ana belajar...dan jika persoalan atau pertanyaan itu tidak dpt utk dijawab, ana minta maaf byk2...tetapi ana akan cuba bertanyakan atau rujuk kpd ustz yg ana belajar dari Ustz. Ismail Kamus, Ustz. Ridhwan Md. Nor, Ustz. Zaharuddin, Ustz. Hasrizal, Ustz. Rosli Md Zain, dan lain2 ustaz yg ana boleh rujuk...beserta dgn kitab2 yg ana gunakan spt kitab Asas2 fardu ain(ustz.Sulaiman), Kitab Menjwb Persoalan Fekah(ustz. Haron Din), kitab Fiqh Daulah menurut Perspektif Islam(Dr.Yusuf Al-Qardhawi), Fiqh Syafii(hj.Idris Ahmad S.H),Apa erti sy menganut agama islam(Fathi Yakan) dan lain2 lg insyaAllah...dan tidak lupa juga kpd sahabat2 lain yg boleh membantu ana dalam memberikan dan berkongsi ilmu ttg agama Allah yg luas ini....jazakallah...
    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Soal Jawab Agama Empty Masuk Waktu Subuh Dalam Keadaan Berhadas Besar atau Junub : Sahkah Puasanya ?

    Post by faqih86 Sun 06 Sep 2009, 8:46 pm

    Masuk Waktu Subuh Dalam Keadaan Berhadas

    Besar atau Junub : Sahkah Puasanya ?

    Oleh : Zaharuddin Abd Rahman

    http://www.zaharuddin.net/

    SOALAN

    Assalamualaikum,Ustaz.

    Saya nak tanye, semalam saya melakukan onani selepas berbuka puasa dan sampai sekarang saya belum mandi wajib..

    Sah ke puasa saya hari ni, Ustaz sekiranya saya tak mandi sampai buka puasa nanti @ sampai hari yang seterusnya??

    JAWAPAN


    Jika apa yang anda soal ni benar-benar berlaku. Hukumnya seperti berikut :-

    1) Anda berdosa yang amat besar kerana anda tidak menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Subuh, jika anda mati tatkala itu, mungkin mati dalam keadaan sangat hina dan terkutuk kerana berada dalam hadas besar serta meninggalkan solat dengan sengaja.

    2) Onani juga adalah satu dosa walaupun ia bukanlah satu dosa besar, justeru jika anda tidak mandi sehingga waktu berbuka, dosa memang amat besar kerana ia bermakna anda juga tidak menunaikan solat semua waktu di siang harinya, iaitu Zohor dan Asar. Bertawbatlah.

    3) Dari sudut hukum puasa pula, puasa anda adalah sah jika telah berniat untuk berpuasa sebelum menjelang azan subuh, walaupun pahala puasa amat terganggu kerana tidak menunaikan solat.

    SOALAN KEDUA DAN KETIGA YANG BERKAITAN :

    Assalamualaikum

    Ustaz, adakah sah puasa seseorang sekiranya dia masih belum mandi wajib sehingga terbenam matahari??

    Assalamualaikum,Ustaz.

    Jika bersetubuh pada malamnya dan mandi wajib dipagi hari (kerana tertidur), adakah sah puasanya?

    JAWAPAN

    Puasa bagi orang yang terlibat dalam kedua-dua soalan di atas adalah sah sekiranya ia telah berniat untuk puasa di malam hari sebelum azan Subuh.

    Kesohihan puasa orang yang belum mandi wajib ini adalah berdasarkan kepada apa yang pernah berlaku kepada Nabi s.a.w sebagaimana diriwayatkan iaitu :-

    أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ كان يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وهو جُنُبٌ من أَهْلِهِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ

    Ertinya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dalam keadaan berjunub hasil bersama dengan isterinya semasa sampai waktu fajar (Subuh), kemudian baginda s.a.w mandi dan berpuasa pada hari tersebut " ( Riwayat Al-Bukhari, Bab As-Soim Yusbihu Junban, 2/679 ; Muslim, 2/779 )

    Disebutkan juga bahawa isteri Nabi s.a.w iaitu Ummu Salamah r.a pernah ditanya adakah sah puasa orang yang tatkala masuk waktu subuh berpuasa sedangkan ia belum mandi hadas.

    Ummu Salamah menjawab :-

    كان رسول اللَّهِ يُصْبِحُ جُنُبًا من جِمَاعٍ لَا من حُلُمٍ ثُمَّ لَا يُفْطِرُ ولا يَقْضِي

    Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sendiri pernah masuk Subuh dalam keadaan ia berjunub hasil 'bersama dengan isterinya' dan bukan dari mimpi , kemudian bgainda tidak berbuka dan tidak pula mengganti puasanya (menunjukkan puasanya sah)" ( Riwayat Muslim, 2/780 ; sohih )

    Dalil di atas amat jelas menunjukkan puasa adalah sah. ( al-Majmu', An-Nawawi, 6/309 ) . Demikian jugalah dengan keadaan wanita yang kering haidnya sebelum Subuh dan belum mandi wajib. Puasa adalah sah jika ia telah berniat. Kesemua ini adalah pendapat yan paling tepat dan merupakan pegangan majoriti ulama Fiqh silam dan terkini . Ini adalah kerana tidak termasuk dalam syarat sah puasa adalah anda berada dalam keadaan suci dari hadas besar. ( Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd Al-Hafid, 1/215 )

    Tetapi ingat, jangan hanya sibuk bertanya hukum puasa sahaja, jangan lupa wajib mandi sebelum tamat waktu Subuh kerana anda perlu solat Fardhu Subuh.

    Sekian

    Zaharuddin Abd Rahman

    http://www.zaharuddin.net/
    kepunden
    kepunden
    Newbie MRC
    Newbie MRC


    Posts : 46
    Reputation : 0
    Join date : 01/10/2009
    Age : 40
    Location : SOUL SOCIETY

    Soal Jawab Agama Empty Re: Soal Jawab Agama

    Post by kepunden Thu 01 Oct 2009, 6:27 am

    assalamualaikum saudara faqih,

    saya ingin menyuarakan kemusykilan dalam solat saya... kita sedia maklum jika kita uzur x mampu berdiri, boleh solat secara duduk dan jika x mampu juga, solat secara baring... dalam kes saya, saya mampu berdiri tetapi tidak mampu duduk.. ini kerana saya mempunyai penyakit gout di bahagian kaki. jika sakit saya datang, bisa akan menyerang di sendi kaki saya apabila berlaku sebarang pergerakan seperti hendak sujud, tahiyat mahupon berjalan.. bagaimana ya faqih, sebab saya akan solat duduk atas kerusi kerana kaki akan diam tanpa bergerak.. atau perlukah saya solat berdiri sahaja seperti solat jenazah? (sebab kalau ikutkan rukun solat adalah berdiri)adakah sah solat saya itu?
    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Soal Jawab Agama Empty Re: Soal Jawab Agama

    Post by faqih86 Sat 03 Oct 2009, 10:12 am

    kepunden wrote:assalamualaikum saudara faqih,

    saya ingin menyuarakan kemusykilan dalam solat saya... kita sedia maklum jika kita uzur x mampu berdiri, boleh solat secara duduk dan jika x mampu juga, solat secara baring... dalam kes saya, saya mampu berdiri tetapi tidak mampu duduk.. ini kerana saya mempunyai penyakit gout di bahagian kaki. jika sakit saya datang, bisa akan menyerang di sendi kaki saya apabila berlaku sebarang pergerakan seperti hendak sujud, tahiyat mahupon berjalan.. bagaimana ya faqih, sebab saya akan solat duduk atas kerusi kerana kaki akan diam tanpa bergerak.. atau perlukah saya solat berdiri sahaja seperti solat jenazah? (sebab kalau ikutkan rukun solat adalah berdiri)adakah sah solat saya itu?

    W'salam wbt saudara....baik, berkaitan dgn masalah yg saudara hadapi, dalam AL-Quran ada menyebutkan "Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardhu khasnya sembahyang wusta (sembahyang Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyu'. [Maksud Surah al-Baqarah 2 - 238]."

    Pernah di satu ketika Imran bin Hushain radiallahu-anhu menderita sakit buasir (haemorrhois) yang berat lalu dia bertanya kepada Nabi sallallahu-alaihi-wasallam mengenai cara solatnya maka beliau bersabda: Solatlah dengan berdiri, kalau tidak kuat maka duduklah , kalau (masih) tidak kuat maka berbaringlah dengan posisi miring.[1] Kaedah pendirian solat fardhu seseorang itu adalah selari dengan kadar kesakitan yang dihadapinya. Jikalau dia tidak boleh berdiri maka duduklah kemudian rukuk dan sujud seperti biasa. Cara duduk sebaiknya ialah dengan bersila, sebagaimana keterangan A'isyah radiallahu-anhu selaku isteri Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dalam hadith berikut: Aku melihat Nabi sallallahu-alaihi-wasallam solat sambil duduk bersila (mutarobbi')[2] Jikalau boleh berdiri tetapi tidak boleh membongkok maka berdirilah seperti biasa manakala rukuk dan sujud adalah memadai dengan isyarat semampu. Jikalau tidak boleh berdiri dan tidak boleh membongkok maka solatlah dengan duduk, rukuk dan sujud diisyaratkan dengan pergerakkan kepala. Ajar Nabi sallallahu-alaihi-wasallam: Jikalau mampu bersujudlah di atas tanah dan jikalau tidak mampu maka berisyaratlah dengan jelas dan jadikanlah sujud-mu lebih rendah dari rukuk-mu.[3] Jikalau tidak mampu juga maka berbaringlah secara miring iaitu berbaring di lambung kanan dengan mukanya menghadap ke arah qiblat, demikian penerangan Ali bin Abi Talib radiallahu-anhu [4] dan demikian juga merupakan pendapat pilihan Mazhab Shafie, Maliki, Hanbali dan lain-lain.[5] Jikalau masih tidak mampu maka berbaringlah menelentang dengan muka menghadap langit, rukuk dan sujudnya adalah dengan isyarat mata manakala mulut dan hati tetap khusyu' dengan bacaan-bacaan solat. Walauapapun keuzuran yang dihadapi, kewajipan solatnya tetap hadir selagi akal masih ada dan sedar. Solat sebegini tetap sah dan tidak perlu diulangi.[6]

    Akan tetapi jikalau sakitnya itu ada minimal dan masih membolehkan solat seperti biasa maka hendaklah dia berusaha berdiri seperti biasa. Anas bin Malik radiallahu-anhu meriwayatkan hadith berikut: Ketika Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam memasuki kota Madinah, kota ini telah diserang wabak dan orang-orang pun menjadi sakit. Lalu beliau masuk ke dalam masjid dan di saat itu orang sedang solat duduk. Melihat itu beliau bersabda: "Solat orang yang duduk pahalanya setengah dari solat orang yang berdiri." Mendengar itu orang-orang pun segera berdiri untuk (meneruskan) solat.[7] Perbandingan antara dua hadith di atas menunjukkan bahawa bersolat sambil duduk atau berbaring itu bagi yang sakit adalah dibenarkan tetapi yang sebaik-baiknya adalah dilaksanakan secara berdiri sesempurna mungkin.[8] Justeru itulah kita dapati Nabi sallallahu-alaihi-wasallam walau di kala usianya yang sudah lanjut tetap berusaha untuk melaksanakan solatnya secara berdiri sekalipun dengan menggunakan tongkat atau bersandar pada dinding atau tiang. Hanya di ketika beberapa hari sebelum kewafatannya barulah beliau bersolat secara duduk. Ummu Qays binti Mihshan radiallahu-anha menerangkan: Bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam setelah beliau uzur dan kegemukan, beliau membuat sebuah tiang di tempat solatnya untuk dijadikan tempat bersandar.[9]

    Keterangan dalam kaedah solat dalam suasana sakit ini sengaja dihuraikan secara panjang lebar kerana tiga sebab -
    pertama supaya orang yang terlantar di hospital tidak mudah mengabaikan solatnya,
    kedua - bagi menunjukkan bolehnya bergabung dua atau lebih keuzuran dalam satu suasana, seperti uzur berdiri bagi solat dan uzur menghadap qiblat dan -
    ketiga kerana ia berkait rapat dengan kaedah solat di atas kenderaan atau pesawat terbang.

    Tidak Berdaya Untuk Rukuk Dan Sujud

    Apabila seseorang itutidak berdaya melakukan rukuk dan sujud kerana ada keuzuran yang bersangatan, tetapi dia berdaya untuk berdiri dan duduk, maka dalam keadaan ini wajiblah dia bersembahyang dalam keadaan berdiri dan tidak sah jika dia bersembahyang dalam keadaan duduk.

    Cara rukuk dan sujud bagi orang yang tidak berdaya melakukannya, hendaklah dalam keadaan dia rukuk,dia membongkokkan badannya sekadar yang terdaya. Sementara ketika sujud, makacara sujudnya adalah dalam keadaan badannya membongkok dengan kedudukan lebih rendah daripada rukuknya, bagi membezakan kedua-duanya.
    Jika dia terdaya untuk melakukan rukuk, tetapi tidak terdaya untuk sujud, maka dalam hal ini tertakluk pada tiga keadaan dan ianya serupa dengan keadaan rukuk dan sujud dalam sembahyang duduk:
    Apabila dia terdaya untuk melakukan sekurang-kurang kadar had rukuk dan tidak pula melebihi daripada kadar itu, maka bolehlah dia melakukan perbuatan yang serupa bagi rukuk dan sujud dengan membongkokkan badan dengan kadar yang dia terdaya itu (kadar had sekurang-kurang rukuk).

    Adapun jika dia terdaya untuk melakukan kadar had rukuk yang sempurna dan tidak melebihi daripada kadar itu, maka bolehlah juga dia melakukan perbuatan yang serupa bagi rukuk dan sujud dengan membongkokkan badan dengan kadar yang dia terdaya itu (kadar had sempurna rukuk). Akan tetapi janganlah dia melakukan rukuk itu kurang daripada kadar had sempurna rukuk sedangkan dia terdaya untuk melakukannya, supaya tidak menghilangkan perbuatan yang sunat bagi rukuk (kadar had sempurna rukuk).

    Jika dia terdaya untuk melakukan rukuk dengan melebihi kadar had sempurna rukuk, maka hendaklah dia melakukan rukuk dengan tidak melebihi kadar had sempurna itu. Manakala sujudnya pula hendaklah melebihi daripada kadar had sempurna rukuk itu. Ini kerana membezakan antara kedua-dua perbuatan tersebut (membongkok kerana rukuk dan membongkok kerana sujud).

    Adapun bagi orang yang tidak berdaya untuk membongkokkan badannya bagi menggantikan perbuatan rukuk dan sujud, maka hendaklah dia melakukannya dengan menundukkan leher dan kepala. Jika tidak termampu juga dengan demikian itu maka hendaklah melakukannya dengan isyarat. (Hasyiyatan Qalyubi 慤mairah: 1/165, Majmuk: 4/204)

    Kesimpulan:
    berkaitan dgn masalah saudara diatas, jelaslah ia dibolehkan dalam solat adalah kerana disebabkan masalah kesihatan dan selagi mana seseorang itu mampu utk bersolat, maka wajiblah ia solat setakat mana ia mampu...wallahu'alam...semoga Allah menerima semua amalan kt bersama....wassalam...
    sahar
    sahar
    Brader MRC
    Brader MRC


    Posts : 3762
    Reputation : 1
    Join date : 13/08/2009
    Age : 36
    Location : TeLoK iNTaN<>RaWaNG<>PeTaLiNG JaYa

    Soal Jawab Agama Empty Re: Soal Jawab Agama

    Post by sahar Tue 03 Nov 2009, 7:02 am

    mcm mane nak samak moto,kalau moto kiter terlangaar b*beyy atau anjin?
    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Soal Jawab Agama Empty Re: Soal Jawab Agama

    Post by faqih86 Tue 03 Nov 2009, 9:39 am

    sahar wrote:mcm mane nak samak moto,kalau moto kiter terlangaar b*beyy atau anjin?

    salam...bg persoalan ini...mudah sahaja...basuh la mtr kt tu mcm kt selalu cuci motor bg kilat punye..
    tp mengikut kaedah yg ditetapkan islam..pertama2 sekali..kene bersihkan tahi anjing atau najis mughallazah yg melekat kat mtr kt cth spt kat tayar ke, atau kt mono ke....kemudian, kt ambil sebaldi air + tanah(yg bersih)-campurkan air dgn tanah..kt basuh dgn air tanah tu dulu, kemudian lepas tu, basuh dgn 6 kali air mutlak...klau rasa x bersih lg..cuci mcm biasa, tp yg atas tu kene wat dulu la k..syarat2 islam...wallahu'alam...
    kepunden
    kepunden
    Newbie MRC
    Newbie MRC


    Posts : 46
    Reputation : 0
    Join date : 01/10/2009
    Age : 40
    Location : SOUL SOCIETY

    Soal Jawab Agama Empty Re: Soal Jawab Agama

    Post by kepunden Mon 07 Dec 2009, 10:21 am

    (off topic jap) rindu kat faqih.. bila mau balik bangi?
    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    Soal Jawab Agama Empty Re: Soal Jawab Agama

    Post by faqih86 Mon 07 Dec 2009, 11:51 am

    kepunden wrote:(off topic jap) rindu kat faqih.. bila mau balik bangi?

    Salam..dah balik dah..bru minggu lps g TTS jumaat ritu....
    avatar
    Elder44
    Newbie MRC
    Newbie MRC


    Posts : 1
    Reputation : 0
    Join date : 23/10/2013

    Soal Jawab Agama Empty Re: Soal Jawab Agama

    Post by Elder44 Wed 23 Oct 2013, 6:58 am

    Siapa Bangi? BTW, saya melihat beliau sebagai seorang anggota kanan masyarakat ..
    avatar
    Krista68
    Newbie MRC
    Newbie MRC


    Posts : 1
    Reputation : 0
    Join date : 31/12/2013

    Soal Jawab Agama Empty Re: Soal Jawab Agama

    Post by Krista68 Tue 31 Dec 2013, 6:35 am

    Saya menghargai pekerjaan Anda.

    Sponsored content


    Soal Jawab Agama Empty Re: Soal Jawab Agama

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Tue 19 Mar 2024, 5:01 pm