Komuniti Rider Moped Malaysia

// Selamat Datang Ke Forum MRC (Moped Riders Community) // Selamat Berforum dan berkongsi memberi info permotoran dll yang berilmiah.... Sharing is caring ;-)

Join the forum, it's quick and easy

Komuniti Rider Moped Malaysia

// Selamat Datang Ke Forum MRC (Moped Riders Community) // Selamat Berforum dan berkongsi memberi info permotoran dll yang berilmiah.... Sharing is caring ;-)

Komuniti Rider Moped Malaysia

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Moped Riders Community

.: SELAMAT DATANG KE MRC :.

+9
GanahSokmo
Wasie
Admin
Sp33d3r
Zul.Caffan.Su-47
faqih86
Chi Kent
kInOzAwA
AwEk$ S@kti
13 posters

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    AwEk$ S@kti
    AwEk$ S@kti
    Moderator
    Moderator


    Posts : 1252
    Reputation : 4
    Join date : 30/06/2009
    Age : 38
    Location : suka Hati akulah.....

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA Empty PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by AwEk$ S@kti Tue 07 Jul 2009, 10:56 am

    Assalammualaikum WBt keng kawan...
    hmm dlaam pada kita sibuk mengejar
    dunia nie...n sibuk dengan dunia permotoran
    tak salah rasernya kalu kita saling ingat
    mengingati sal hal agama....
    saya pun tak baper ariff sangat
    so mana yang ader pengetahuan lebih cikit
    tu soal agama marilah kita sama2 kongsi untuk panduan
    kita n rakan2 yang lain

    SELAMAT BERAMAL...... Smile
    AwEk$ S@kti
    AwEk$ S@kti
    Moderator
    Moderator


    Posts : 1252
    Reputation : 4
    Join date : 30/06/2009
    Age : 38
    Location : suka Hati akulah.....

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by AwEk$ S@kti Tue 07 Jul 2009, 10:59 am

    "Sahabat...
    Jika hari ini aku terlalu gembira,
    Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah...

    Jika aku bersedih tanpa kata,
    Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta...

    Jika aku lemah tak berdaya,
    Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga...

    Jika antara kita ada tembok yg memisahkan,
    Ajaklah aku untuk meruntuhkannya segera...

    Jika pernah hati mu terluka,
    Luahkanlah agar aku berubah...

    Dan jika esok aku terlena tanpa terjaga,
    Iringilah aku dengan kalungan doa..."
    AwEk$ S@kti
    AwEk$ S@kti
    Moderator
    Moderator


    Posts : 1252
    Reputation : 4
    Join date : 30/06/2009
    Age : 38
    Location : suka Hati akulah.....

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by AwEk$ S@kti Tue 07 Jul 2009, 11:00 am

    Hukum Makan Dengan Tangan Kiri

    Ringkasnya, makan dengan tangan kiri ada dua hukum :

    Pertama diharuskan jika seseorang tidak ada tangan kanan kerana yang dia ada hanya tangan kiri sahaja. Hujahnya : kalau dia tidak makan dengan tangan kiri kemudian dia nak makan dengan tangan mana kerana dia hanya ada satu tangan sahaja.

    Hukum kedua : makruh, kerana tangan kanan dijadikan untuk sesuatu yang dimuliakan manakala tangan kiri untuk sesuatu yang tidak dimuliakan tetapi kedua-kedua tangan mulia di sisi Allah kalau seseorang memuliakannya dan hina disisi Allah kalau orang itu menghinakannya.

    Dalil Makruh Makan Dengan Tangan Kiri

    Terdapat beberapa hadith yang melarang seseorang dari makan dengan menggunakan tangan kiri.

    Pertama : Hadith yang diriwayatkan oleh At Termizi, dalam Kitab Makanan, dalam Bab Larangan Makan Dan Minum Dengan Tangan Kiri, no hadith 1721
    "Maksud : bahawa Nabi sallallahu alaihi wasalalam bersabda : jangan kamu makan dengan tangan kiri dan jangan kamu minum dengan tangan kiri maka sesungguhnya **** (iblis) itu makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya."

    Kedua : oleh At Termizi juga, no hadith 1722
    "Maksud : bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasalalam bersabda : apabila seseorang makan maka hendaklah dia makan dengan tangan kanan dan hendaklah dia minum dengan tangan kanan maka sesungguhnya **** (iblis) makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya."

    Maka, dahulukan lah tangan kanan, kerana ia sangat2 dituntut dalam islam....wallahu'alam bis sowab..
    AwEk$ S@kti
    AwEk$ S@kti
    Moderator
    Moderator


    Posts : 1252
    Reputation : 4
    Join date : 30/06/2009
    Age : 38
    Location : suka Hati akulah.....

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by AwEk$ S@kti Tue 07 Jul 2009, 11:04 am

    Hargailah isteri anda......

    Mulianya seorang isteri disisi Allah...
    Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
    ini pada keluarga, suami dan anak-anak
    Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
    mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
    Biarlah buruk mana isteri anda,
    sayangilah mereka......

    Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
    dengan Tuhan... jadi ' kilang ' manusia.
    Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
    7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
    tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..
    Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
    Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
    Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak….
    Cuti ini bukan cuti suka hati
    tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
    Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami,
    Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee,
    Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
    Kata nak pahala lebih…

    Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
    sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
    nyawanya..

    Satu lagi berita gembira untuk wanita,
    Sepanjang dia mengandung
    Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
    Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
    Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
    jadi kenapa perlu takut nak beranak?

    Marilah kita pegang kepada tali Allah.
    Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
    mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
    Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
    Allah beri kelonggaran siksa kubur.
    Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
    seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
    tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

    Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
    terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
    terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
    Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
    atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

    Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di **** /> Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
    jadi dia pun memberi pahalanya kepada
    suami untuk lepas masuk syurga.
    Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
    isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
    Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
    terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

    Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
    diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
    dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
    Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
    Allah agar tidak derhaka denganNya.

    Ses ungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
    Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
    kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
    kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
    wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

    Woman was made from the rib of man,
    She was not created from his head to top him,
    Nor from his feet to be stepped upon,
    She was made from his side to be close to him,
    From beneath his arm to be protected by him,
    Near his heart to be loved by him.

    "Wahai Tuhan...
    ku tak layak ke syurgamu ...
    namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
    kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

    "Ya Allah...
    jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
    ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
    dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
    meninggal dunia"......


    Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
    Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
    di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah ' Laa ilaaha illalLah ' ini.
    Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah ' Laa ilaaha illalLah ' , kamu pasti berjaya!"

    Marilah kita ucapkan kalimah ini:
    "Laa ilaaha illallah!" x 10
    kInOzAwA
    kInOzAwA
    MRC VVIP
    MRC VVIP


    Posts : 1503
    Reputation : 2
    Join date : 29/06/2009
    Age : 44
    Location : Göteborg, Sweden & K. Terengganu

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by kInOzAwA Tue 07 Jul 2009, 8:01 pm

    nanti kita jemput khas wal ustazi faqih masuk ke sini... Very Happy
    Chi Kent
    Chi Kent
    Chief Moderator
    Chief Moderator


    Posts : 3127
    Reputation : 9
    Join date : 02/07/2009
    Age : 37
    Location : Pinggiran Batu Cave,Gombak

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Chi Kent Tue 07 Jul 2009, 8:47 pm

    Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman.

    Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

    Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan 'Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang Ada di antara kalian akan mengenyitkan Mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya'.Begitulah akhlak Rasullullah SAW.

    Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, Dan dari orang yang bukan Islam pula."selemah- lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat Dan orang yg lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia- siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya"-Saidina Ali

    Wallahualam
    Chi Kent
    Chi Kent
    Chief Moderator
    Chief Moderator


    Posts : 3127
    Reputation : 9
    Join date : 02/07/2009
    Age : 37
    Location : Pinggiran Batu Cave,Gombak

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Chi Kent Tue 07 Jul 2009, 8:52 pm

    Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya
    turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam,
    Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan
    tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi
    maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak
    dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya,
    Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas
    itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi
    masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang
    hampa.

    Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata
    Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah.
    Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau
    mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.

    Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada
    bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.
    Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat
    Allah.Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan
    mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan
    engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang
    dibenci oleh umat manusia.

    Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku
    yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab,
    terbunuh,terbakar, sakit dan sebagainya.

    TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?

    1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis 2. Tanah Bukit Tursina
    3. Tanah Iraq 4. Tanah Aden 5. Tanah Al-Kautsar 6. Tanah tempat bakal
    berdirinya Baitullah 7. Tanah Paris 8. Tanah Khurasan 9. Tanah(Babylon)
    10. Tanah India 11. Tanah syurga 12. Tanah Tha'if

    Kata Ibnu Abbas :

    1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak
    manusia,dan disitulah tempatnya akal.
    2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan
    tempat menerima nasihat.
    3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
    4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat
    kecantikan.
    5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
    6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
    7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan
    kerjasama,sesama manusia.
    8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
    9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan
    tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
    10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
    11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
    12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman,
    keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
    13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan
    mendoakan kepada Tuhan.

    Bagaimanakah prosesnya :

    1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air
    masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam
    diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

    2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian
    diletakkan didalam "Alam Malakut".

    3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah
    pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan
    rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi
    dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

    4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu
    sifat "Jalan dan Jammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang
    sempurna.

    5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia
    pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi
    patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk
    memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan
    menyerah kepada Izrail.

    Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali
    kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah
    diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai
    peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

    Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna
    kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh
    Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua
    buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua
    liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang
    mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

    Dijadikan pula lima buah pancaindera :

    1. Mata alat penglihatan
    2. Hidung alat penciuman
    3. Telinga alat pendengaran
    4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
    5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa
    halus, kasar dan sebagainya.

    Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk
    perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.
    Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke
    dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam,
    dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

    Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah
    urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika
    itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan
    juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah
    keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan
    kejadian dia.

    Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih
    dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai
    kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah
    ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama
    kalinya kehadrat Allah.

    Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi
    rahmat Allah" Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat
    mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan
    "Yarkhamukallah" .

    Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun.
    Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini
    menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).
    Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka
    tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

    Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan
    isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian
    terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu
    terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna,
    yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses
    kejadian-kejadian tubuh Adam.

    Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah
    merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik,
    semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian
    Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan
    kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum
    dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

    Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta
    sekian alam pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana
    pada Allah-lah kita akan dikembalikan.

    Wallahualam
    Chi Kent
    Chi Kent
    Chief Moderator
    Chief Moderator


    Posts : 3127
    Reputation : 9
    Join date : 02/07/2009
    Age : 37
    Location : Pinggiran Batu Cave,Gombak

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Chi Kent Wed 08 Jul 2009, 2:44 am

    - BILA AL-QURAN MULA BERSUARA -


    Waktu engkau masih kanak-kanak. ......... ...
    kau laksana kawan sejatiku
    Dengan wudu', Aku kau sentuh
    dalam keadaan suci, Aku kau pegang
    Aku,kau junjung dan kau pelajari
    Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
    Setelah selesai engkau menciumku mesra

    Sekarang engkau telah dewasa...... ........
    Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
    Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
    Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
    Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji..... ..
    Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
    sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
    Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

    Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
    Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
    Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
    Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
    Dulu...pagi- pagi...surah- surah yang ada padaku engkau baca beberapa
    halaman.
    Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

    Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
    Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
    Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
    Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

    Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
    surah2ku(Bismillah) .
    Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
    Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
    Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
    Mengasyikkan.

    Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
    Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
    Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku. ........
    E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
    Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
    Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


    Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
    Menonton siaran telivisyen
    Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
    Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
    Waktupun cepat berlalu..... ....
    Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
    Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

    Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
    Itupun hanya beberapa lembar dariku.
    Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
    Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
    Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

    Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
    Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
    Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
    Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
    Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

    Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
    Setiap saat berlalu...
    Dan akhirnya.... .
    kubur yang setia menunggu mu.......... .
    Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

    Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
    Di kuburmu nanti....
    Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
    Yang akan membantu engkau membela diri
    Dalam perjalanan ke alam akhirat.
    Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu
    Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

    Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
    Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
    Yang berasal dari Allah Azzawajalla
    Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
    Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
    Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu...... .
    Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
    Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
    Sentuhilah Aku kembali...

    Baca dan pelajari lagi Aku....
    Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
    Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
    Di surau kecil kampungmu yang damai
    Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
    Dalam bisu dan sepi....
    Chi Kent
    Chi Kent
    Chief Moderator
    Chief Moderator


    Posts : 3127
    Reputation : 9
    Join date : 02/07/2009
    Age : 37
    Location : Pinggiran Batu Cave,Gombak

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Chi Kent Wed 08 Jul 2009, 9:02 am

    AIRMATA RASULULLAH SAW...

    Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

    Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
    'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

    Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

    'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
    Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

    Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

    'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
    'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
    'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril.
    Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
    'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
    'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
    Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
    Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

    Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
    Perlahan Rasulullah mengaduh.. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

    'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
    Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
    'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
    Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

    'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
    Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
    Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
    'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


    Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
    Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

    'Ummatii,ummatii, ummatiii? ' - 'Umatku, umatku, umatku'
    Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
    Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
    Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

    Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

    NB:
    Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.



    --
    ﻪﻟﻟﺍﻻﺍﻪﻟﺍﻻ
    ﻪﻟﻟﺍﻝﻮﺴﺮﺪﻤﺤﻤ
    ilahi anta maqsudi wa redho ka matlubi....ya allah,ya allah.......
    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA Empty PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 Fri 07 Aug 2009, 12:28 am

    Salam....sy org baru kat MRC nie, tp x berapa reti sgt klau nk buka thread baru nie..jadi, ni pun x tau btul ke salah..harap mod x marah...
    sy nk buka thread ttg pengisian dan perbincangan agama...jazakallah...
    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 Fri 07 Aug 2009, 12:30 am

    kepada sesiapa yg ingin bertanyakan persoalan ttg agama, perbincangan agama, perkongsian ttg ilmu agama, dipersilakan, semoga Allah merahmati kt semua...
    Chi Kent
    Chi Kent
    Chief Moderator
    Chief Moderator


    Posts : 3127
    Reputation : 9
    Join date : 02/07/2009
    Age : 37
    Location : Pinggiran Batu Cave,Gombak

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Chi Kent Fri 07 Aug 2009, 2:24 am

    ustaz...rasanya dh ade thread pasal agama nie...try refer yg tu dlu
    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 Fri 07 Aug 2009, 9:21 am

    ye ke?link dia ape yer?maaf la...pening bila buka MRC nie, x berapa familiar lg....
    Zul.Caffan.Su-47
    Zul.Caffan.Su-47
    MRC VVIP
    MRC VVIP


    Posts : 1859
    Reputation : 3
    Join date : 29/06/2009
    Age : -7673

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Zul.Caffan.Su-47 Fri 07 Aug 2009, 9:57 am

    takpe mana2 je boleh...

    janji leh sembang pasal agama n mendalami nya...

    apa pun selamat dtg utk uztaz
    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 Fri 07 Aug 2009, 9:59 am

    jazakallah.....
    Sp33d3r
    Sp33d3r
    Expert MRC
    Expert MRC


    Posts : 1589
    Reputation : 1
    Join date : 04/08/2009
    Age : 41
    Location : Keramat

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Sp33d3r Fri 07 Aug 2009, 10:15 am

    betol tu... janji boleh bertanya atau soal jawap tentang yg nak dibincangkan Very Happy
    Zul.Caffan.Su-47
    Zul.Caffan.Su-47
    MRC VVIP
    MRC VVIP


    Posts : 1859
    Reputation : 3
    Join date : 29/06/2009
    Age : -7673

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Zul.Caffan.Su-47 Fri 07 Aug 2009, 11:42 am

    satu soalan...

    kenapa kita dah sembahyang, baca al quran semua

    hati tu tetap tak tenang.... duit tak penah cukup...

    hidup ni jd mcm serba tak kena

    boleh bagitau... jalan hidup mcm mana nak bagi berkat sket

    adakah ada kena mengena dgn apa yg kita makan atau kita guna...
    Chi Kent
    Chi Kent
    Chief Moderator
    Chief Moderator


    Posts : 3127
    Reputation : 9
    Join date : 02/07/2009
    Age : 37
    Location : Pinggiran Batu Cave,Gombak

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Chi Kent Fri 07 Aug 2009, 11:51 am

    huhuhuhu...cuba anda balik kpg dan bertanyakan ibu anda sama ada penah buat ibu anda menagis atau tidak?
    Zul.Caffan.Su-47
    Zul.Caffan.Su-47
    MRC VVIP
    MRC VVIP


    Posts : 1859
    Reputation : 3
    Join date : 29/06/2009
    Age : -7673

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Zul.Caffan.Su-47 Fri 07 Aug 2009, 12:14 pm

    erk..... hmmm aku rasa tak penah bagi dia menangis.... tiap2 minggu call my lovely mother
    Chi Kent
    Chi Kent
    Chief Moderator
    Chief Moderator


    Posts : 3127
    Reputation : 9
    Join date : 02/07/2009
    Age : 37
    Location : Pinggiran Batu Cave,Gombak

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Chi Kent Fri 07 Aug 2009, 12:25 pm

    iyer..mmg...tp ibu xkan mengaku yg kite penah bt die menangis mahupun terguris hati...aku penah baca satu artikel nie....sama la mcm ko...semayang xtinggal,baca alquran,bersedekah,tp tetap xtenang hidup,asyik ade mslh jerk...biler baca akhir penutup artikel...tu yg di sarankan...dan org tu pun ngadap la bonda die...ditanya "ibu,penah kah saya luka kan hati dan buat ibu menagis? "si ibu tidak mengaku,selama berminggu mencuba akhirnya si ibu mengaku dan si anak meminta maap dgn menyembah & mencium kaki ibunya...setelah si ibu memaafkan...baru la kehidupan si anak kembali tenang...
    AwEk$ S@kti
    AwEk$ S@kti
    Moderator
    Moderator


    Posts : 1252
    Reputation : 4
    Join date : 30/06/2009
    Age : 38
    Location : suka Hati akulah.....

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by AwEk$ S@kti Fri 07 Aug 2009, 12:32 pm

    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 Sat 08 Aug 2009, 9:39 pm

    Zul.Caffan.Su-47 wrote:satu soalan...

    kenapa kita dah sembahyang, baca al quran semua

    hati tu tetap tak tenang.... duit tak penah cukup...

    hidup ni jd mcm serba tak kena

    boleh bagitau... jalan hidup mcm mana nak bagi berkat sket

    adakah ada kena mengena dgn apa yg kita makan atau kita guna...


    Salam...1st bnda yg kt perlu dan pling pnting kene tgk,solat + makanan kt..adakah halal sahaja ke atau halalan toyyibah???tu yg pling pnting, kemudian, kt tgk adakah solat kt benar2 kyusuk atau semasa solat pikir tang lain....kemudian, adakah kt perbykkan sedekah atau sentiasa bersyukur...jadi...solution yg kt boleh usahakan solat dan makanan utamakan dahulu...bkn sahaja halal yg kt cari, tp mesti halalan toyyibah yakni halal lg baik(bersih/suci). makna halal lagi baik ni, adalah makanan yg kt makan tu sumber dari mana, dan org yg memasaknya adakah solat cukup atau x cukup dan adakah menutup aurat???...sbb klau org yg memasak makanan utk kt nie solat cukup, ttp aurat, Allah berkat masakan yg dimasaknya dan yg makannya kt, maka kt pun mendapat berkatNya...dan juga, doa sgt2 penting sblm memulakan mkanan, klau malas sgt pun, mulakan dgn Bismillah...ok, cukup, yg tu bab mknan, klau bab duit lak, adakah kt bersyukur dgn apa yg ada?sentiasa rsa bersyukur atau tidak?selalukah bersedakah?zakat byr atau tidak?perbykkan puasa sunat atau tidak?perbykkan bc quran atau tidak?...jadi..skrg nie, kt rsa kt ni cukup lg ke x amal kt....msing2 bleh rasa diri masing2 mcm mane kan....jazakallah...
    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 Sat 08 Aug 2009, 9:47 pm

    sbnarnya byk lg faktor...yg ana bgtau tu, hanya sedikit dan asasnya sahaja....


    DAN KAT CNI, ANA NK MEMBERITAHU, KEPADA SESIAPA YG RASA INGIN MEMANTAPKAN BACAAN AL-QURAN DALAM TAJWID DAN FASAHAH, BOLEHLAH CONTACT ANA-(FAQIH)0197746532, ANA HANYA BOLEH AJAR TAJWID DAN FASAHAH SAHAJA, KLAU TARANNUM X BERAPA PAKAR...ANA AJAR FREE SAHAJA,NO CAS2.....AREA BANGI,SG.RAMAL DALAM. KLAU SESIAPA YG BERMINAT, BOLEHLAH CNTACT ANA...
    faqih86
    faqih86
    Ustaz MRC
    Ustaz MRC


    Posts : 94
    Reputation : 37
    Join date : 27/07/2009

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by faqih86 Sat 08 Aug 2009, 9:58 pm

    Sebelum tu ana nk mengucapkan syukran khatira kpd kInOzAwA krn menjemput ana join MRC ni, x lupa jugak kpd sahabat2 yg lain yg memberikan support kpd thread pengisian dan perbincangan agama ni, ana harap kt semua dapat jadikan thread ini sebagai sumber utk kt mempertingkatkan ilmu agama kt dgn berlandaskan Al-Quran dan Sunnah, semoga kt semua diberkati Allah....
    Semoga Allah membalas kebaikkanmu(Jazakallahu khaira)...
    Admin
    Admin
    Administrator
    Administrator


    Posts : 46
    Reputation : 0
    Join date : 29/06/2009
    Age : 66
    Location : Klang Valley

    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Admin Sat 08 Aug 2009, 10:18 pm

    alhamdulillah... amin... semoga diberkati hendaknya~ Very Happy

    Sponsored content


    PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA Empty Re: PENGISIAN DAN PERBINCANGAN AGAMA

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Tue 19 Mar 2024, 8:50 am